Thursday, February 11, 2016

Doa Untuk Bebaskan Peliwat Dimakbulkan Tuhan Ke??

http://www.keadilandaily.com/wp-content/uploads/2015/02/Azmin.jpg
Jauh dalam sudut hati kita pasti tertanya-tanya, adakah doa untuk membebaskan seorang banduan yang didapati bersalah dalam tuduhan meliwat bakal dimakbulkan Allah S.W.T?? Walaupun doa tersebut dipanjatkan di tanah suci Mekah… Satu tempat yang nescaya dimakbulkan segala doa.

Hairan jugak… Kalau doa tersebut dimakbulkan. Perhhhhhh, memang dahsyatlah! Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali yang dikhabarkan pada ketika ini sedang menunaikan umrah di tanah suci Mekah sempat menitipkan doa buat pembebasan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Titipan doa tersebut dibuat khas untuk mendoakan kebebasan ‘kepala penyamun’ parti pembangkang yang sekarang ini berada dalam tahanan di penjara Sungai Buloh. Siap dengan video uolsssss! Dan rakaman tersebut disiarkan ketika acara kempen 'Bebas Anwar' di hadapan pintu masuk Penjara Sungai Buloh.

“Saya bersyukur kepada Allah SWT kerana diberi kesempatan untuk mendoakan bagi pembebasan Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika berada di Raudhah (di Masjid Nabawi) dan juga Mekah Al-Mukarramah.

“Mudah-mudahan kita meneruskan doa ini agar Datuk Seri Anwar Ibrahim dibebaskan dari penjara Sungai Buloh dan akan…InsyaAllah…bersama-sama dengan kita untuk meneruskan perjuangan ini,” katanya menerusi rakaman video dari Mekah.

Niat mahu menitip doa untuk orang lain tu dah cukup baik dah… Cuma yang hairannya perlu ke doakan untuk kebebasan banduan yang didapati bersalah?? Macam tak kena je.. Hahahaa tak pernah orang buat.

Kalau sudah bersalah tu macam mana nak bebas cek oiiii!! Takpe la ikut suka dorang la, hahaha! Cuma korang jangan ikut ajaran pelik yang dibuat Azmin ni… Sebab sia-sia je! Nak tunjuk baik pun tidak kena dengan masanya.

Dalam video tersebut Menteri Besar Selangor sempat memohon maaf kerana tidak dapat turut serta ‘memeriahkan’ upacara menyambut sambutan genap setahun Anwar Ibrahim dalam penjara tu. Dah macam sambut hari jadi pulak. Hahaha!

“InsyaAllah dengan kesabaran dan ketabahan ini, Allah akan menganugerahkan keluarga ini kejayaan bagi mengangkat martabat umat dan rakyat keseluruhannya.” Kata Azmin..

Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN

No comments:

Post a Comment