Thursday, February 11, 2016

Keluarga Dan Penyokong Anwar Ibrahim Patut Takut Pada Allah.. - Saiful Bukhari

Disaat pihak-pihak yang berkepentingan membuat pelbagai usaha untuk membebaskan Anwar Ibrahim yang kini dipenjara di Sungai Buloh, ramai juga yang melihat tindakan mereka itu sebenarnya sia-sia kerana ia dibuat atas kepentingan politik semata-mata.

Anwar bukan dipenjarakan atas kesalahan biasa, tetapi dia dihukum atas perbuatan liwat yang menyalahi norma-norma manusia serta melewati batas agama Islam yang dianutinya. Tak keterlaluan jika dikatakan hukuman penjara itu masih ringan jika dibandingkan dengan kesalahan yang dilakukan oleh Anwar terhadap mangsanya.

Kini setahun selepas Anwar dipenjarakan, masih ada lagi penyokongnya yang berhimpun di hadapan pintu penjara Sungai Buloh bagi mendesak Anwar dibebaskan kononnya demi keadilan. Jika itu keadilan yang mereka inginkan, bagaimana pula dengan keadilan bagi mangsa liwat Anwar iaitu Saiful Bukhari Azlan?

Ketika ditemui, Saiful melemparkan satu persoalan kepada penyokong-penyokong Anwar yang masih taksub mengatakan bahawa Anwar kononnya dianiayai oleh sistem kehakiman di Malaysia.. "Adakah saya ini bukan manusia" sehingga haknya sebagai "mangsa" dinafikan? Pada hemat saya, agaknya realiti dunia sekarang sudah terbalik..," ujar Saiful.

"Manusia akan membela individu yang berkepentingan pada mereka, berkuasa, berpengaruh, berduit kaya-raya," kata beliau lagi yang disabitkan mahkamah sebagai mangsa liwat bekas timbalan perdana menteri itu.

Menurut Saiful, dalam masa setahun ini beliau sedia maklum dengan gerakan mahu pun kempen oleh keluarga, penyokong serta pihak-pihak tertentu untuk membebaskan bekas ketua pembangkang itu dari penjara.

Namun, beliau mengambil pendekatan untuk tidak memberi reaksi dan membiarkannya begitu sahaja.

“Pada hemat saya, sudah cukup apabila aduan saya diadili sehingga ke peringkat Mahkamah Persekutuan dan beliau pun telah dijatuhi hukuman. Saya mahu terus ke hadapan, tutup buku,” kata Saiful.

Beliau bagaimanapun menyelar kenyataan dalam kes itu yang didakwanya berunsur penipuan dan mengelirukan dalam kes itu.

“Antara penipuan dan spin (putar belit) yang mereka (pembangkang) lakukan adalah seperti "tuduhan palsu", "tahanan politik", perbicaraan berat sebelah, tidak dapat membela diri dan sebagainya,” ujar Saiful.

Malah, menurut Saiful penipuan yang dilakukan bukan sahaja pada rakyat Malaysia tetapi pada dunia.

“Amat malang lagi, tanpa rasa bersalah atau malu, penipuan ini disalurkan pada negara dan kerajaan di luar negara sehingga ada mereka mempercayainya dan mengambil beberapa tindakan seperti memberi "derma jutaan dolar" untuk kempen pembebasan Anwar,” katanya.

Justeru, Saiful mahu pihak yang terlibat berhenti dari terus menipu rakyat.

“Cukup-cukuplah berdusta. Dari tahun 1998 hingga kini, tak habis-habis lagi. Jika tidak takut pada manusia, takutlah pada Allah. Kasihanilah pada mereka yang kamu tipu itu,” pinta Saiful.

Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN

No comments:

Post a Comment