Thursday, February 11, 2016

Tiada Lagi Karpet Merah Dan Makanan Mewah Di Majlis Rasmi PM

http://821879909.r.worldcdn.net/media/k2/items/cache/60390495fb47f63bf25182dfeeecb19c_XL.jpg
Majlis rasmi yang sering kali dihadiri pemimpin tertinggi kerajaan sudah pasti akan dibentangkan karpet merah, dan dijamu dengan makanan istimewa kerana ia mengikut protokol yang telah lama digunakan pakai.

Walaupun bentangan karpet merah dan makanan istimewa merupakan protokol sesebuah majlis rasmi, pihak pembangkang sering meracuni pemikiran rakyat kononnya kerajaan sering membazir dan tidak mesra rakyat kerana sering mengikut protokol tersebut.

Demi mengelakkan kerajaan terus menjadi 'modal' untuk pembangkang meracuni rakyat dan pada masa yang sama mahu mengelakkan pembaziran terus berlaku, Datuk Seri Najib Razak menasihati pihak pengurusan majlis rasmi supaya mengurangkan belanja dengan tidak membentangkan karpet merah dan menjamu hidangan istimewa.

Dengan saranan Najib supaya tidak membentangkan karpet merah dan hidangan istimewa dalam majlis rasmi ini juga, mendekatkan lagi Perdana Menteri itu dihati rakyat yang masih menyokong kepimpinannya.

Walaupun saranan ini mungkin dilihat sebagai yang pertama kali disuarakan Najib kepada umum, namun ianya bukanlah tindakan pertama kali Najib dengan tidak mengikuti protokol di sesebuah majlis rasmi.

Jika dilihat sebelum ini, Najib tidak terlalu obses untuk mengikut protokol yang telah ditetapkan memandangkan Perdana Menteri itu lebih mesra tidak menggunakan protokol untuk mendekati rakyat.

Najib juga tahu, dengan penggunaan protokol yang ditetapkan oleh pemimpin-pemimpin terdahulu membuatkan rakyat berasa jauh dengan seseorang pemimpin itu.

Jadi, dengan saranan Najib supaya pihak pengurusan majlis rasmi mengurangkan perbelanjaan dapat membuka mata rakyat, sekaligus menutup peluang buat pembangkang yang sering menjadikan majlis rasmi kerajaan sebagai modal mereka untuk meracuni rakyat. 

Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN

No comments:

Post a Comment