
Monday, February 15, 2016
"Fazura" Kini Jadi Penyokong Kuat Mahathir

Tak tahu la apa masalah si Anina Saadudin merangkap Bekas Wanita Umno
Langkawi ni. Bukan apa, perasan sangat mengalahkan seorang diva uolss!
Nak termuntah pulak bila kita baca status di laman Facebook miliknya.
Mengaku dirinya secantik macam Fazura uolssss…. OhmaiGod!!! Yukssss,
hahaha …. Mati hidup balik pun kita tak mengaku muka dia macam Fazura,
beza sangat-sangat kot. Muka kemik macam tu kata persis Fazura. Hahaha,
jauh panggang dari api dik oiii.. Mak cik jangan perasan sangat boleh??
Itu satu hal… Buat kelakar betul la. Tapi apa yang mencuit hati kita
dalam caption ‘gambar persis Fazura’ yang dimuatnaiknya tu. Anina ni
berangan nak keluarkan buku mengenai Perdana Menteri Datuk Seri Najib
Razak.
Cerita pasal pengorbanan Najib dalam usahanya membangunkan negarakah??
Semestinya tidak… Buku yang mahu dikeluarkan Anina ini akan diisi dengan
pelbagai ‘keburukan’ Najib selama dia menjadi pemerintah. Pelbagai
kutukan dan hinaan bakal dibukukan oleh Anina.
Ini fakta okey, dia sendiri yang mengaku… Bukan itu saja Anina ni pun
nak naikkan nama sendiri jugak. Konon nak bagi tahu satu dunia yang dia
adalah wanita pertama yang mengheret Perdana Menteri negara ke mahkamah
dan menyamannya.
Eiiii, nak famous jugak orang tua perasan Fazura ni… Persoalannya ada ka
orang nak baca segala pembohongan dan penipuan Anina yang bakal
dibukukan ni? Sedangkan filem yang ada muka Mahathir Mohamad pun tak
dapat sambutan.
Pemimpin yang dijulang ramai pun, rakyat buat tak tahu jerr.. Inikan
pula si Anina yang suam-suam kuku, acah-acah muka macam artis tu.
Hahahaha, lagi la kan. Itu pun berangan nak burukkan semua orang dalam
sebuah buku.
Kononnya nak cerita dekat satu dunia pasal kisah ‘kebodohan’ badut-badut
politik termasuk dalam isu TPPA, 1MDB, kisah ahli-ahli parlimen
Malaysia, Ketua-Ketua Bahagian, Ketua-Ketua sayap, kisah
‘pengkhianat-pengkhianat’ negara dan kisah ‘kebodohan’ pengikut buta
tuli.
“Saya akan menulis dari pena wanita pertama di dunia yang menyaman
Perdana Menteri. Ianya lebih hebat dari menjadi wanita pertama kepada
pencuri wang negara.
“Sekiranya Allah menjemput saya pulang sebelum sempat saya menyiapkan
buku saya nanti. Jangan bimbang, diari saya sudah selamat berada di
dalam tangan orang yang berhak menulis untuk saya.
“Saya akan menentang Najib Razak hingga hembusan nafas terakhir, selagi
beliau tidak melepaskan jawatan sebagai Presiden UMNO dan Perdana
Menteri Malaysia.” Tulis Anina
Amboiii bukan main lagi Fazura celup ni, berkata-kata mengalahkan
seorang penulis novel terkenal. Takpe laaa, kita biarkan jela
angan-angan dan perasan Anina ni. Biar je dia bermimpi di siang hari.
Muka macam sotong goreng tepung tapi mengaku macam Fazura.. Hahaha..
Oopsssss !!!
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment