
Monday, February 15, 2016
Jangan Jadi 'Keyboard Warrior' Kalau Tak Mahu Kerja Macam Bangla

Rakyat Malaysia terutama sekali golongan belia sibuk nak salahkan
kerajaan, gara-gara keputusan kerajaan mahu membawa masuk lagi 1.5 juta
buruh kasar warga Bangladesh ke Malaysia.
Pelbagai tuduhan dan tomahan yang dilemparkan… Ada yang menuduh kerajaan
sengaja membawa masuk lebih ramai warga Bangladesh, hanya kerana mahu
menjadikan mereka sebagai pengundi hantu pada pilihan raya umum ke-14
kelak.
Seperti khabar angin yang tersebar pada pilihan raya umum ke-13 yang
lalu. Katanya kerajaan menggunakan warga asing sebagai pengundi hantu,
tetapi kenyataannya satu bukti pun macai pembangkang tidak dapat
kemukakan.
Jelas penipuan tersebut sengaja dibuat-buat bagi memburukkan nama
kerajaan. Terbaru, belia pula menuduh kerajaan sengaja mahu menutup
peluang pekerjaan para graduan Universiti dan anak muda yang kurang
berpendidikan.
Hairan?? Sebelum ini ramai graduan yang menganggur kerana tidak dapat
kerja sedangkan kerja dalam sektor buruh, pertanian, pembinaan dan
lain-lain sangat luas dan banyak peluang. Akan tetapi tidak dihiraukan
mereka, sehinggalah memaksa kerajaan mengambil buruh asing.
Masa tu dorang tak fikir pulak yang kerajaan tawarkan pelbagai
pekerjaan. Mungkin dorang yang keyboard warrior ni sebenarnya sombong
dan bongkak… Langsung tak berani nak buat kerja yang sukar, mencabar dan
membahayakan.
Tapi bila kerajaan ambil insiatif lain untuk memajukan negara… Tiba-tiba
muncul pula golongan yang mengaku peluang pekerjaan mereka ditutup.
Selama ini peluang tersebut sentiasa terbuka, tapi dorang je yang tidak
endahkan.
Iyela lulusan universiti macam korang mana mahu kerja kotor, nanti
awek-awek tak mahu. Sia-sia jela ambil diploma dan ijazah tapi lastly
kerja buruh kasar je… Takde standard kan betul tak?? Kalau macam tu
pemikiran korang, jadi kenapa nak persoalkan warga Bangladesh yang hanya
layak jadi kuli ni nak tolong bangunkan negara korang??
Kalau setakat jadi keyboard warrior tapi tak mampu dan tak mahu buat
kerja kotor macam geng bangla, so adalah lebih baik korang diam je.
Cakap banyak pun buat semak jugak, kalau lastly korang end up dengan tak
mahu kerja kotor dan jijik macam buruh tu...
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment