Monday, February 15, 2016
Mukhriz Buat 'Semak' Nak Tunjuk Hero Depan Rakyat!!
Tak habis-habis lagi dengan cerita Bekas Menteri Besar Kedah, Datuk Seri
Mukhriz Mahathir. Kali ini boboi Mahathir Mohamad nak tunjuk lagak
hebat dan hero depan rakyat pulak. Buat semak depan rakyat dengan isu
yang tidak habis-habis dipertikaikan parti pembangkang sebelum ini.
Nak bantai kerajaan macam yang dibuat pembangkang ke?? Atau sekarang ni
dah bekerjasama dengan pembangkang semata-mata untuk menjatuhkan Perdana
Menteri, Datuk Seri Najib Razak? Iyela, sebelum ini Mukhriz ada bagi
tahu yang kini dia bebas untuk mengkritik kerajaan setelah dirinya di
pecat dari jawatan Menteri Besar Kedah.
Jadi dia tekad untuk adakan jelajah dan ceramah bagi menghasut rakyat
untuk lebih bencikan kerajaan. Setelah sekian lama, Mukhriz kali ini
membangkitkan isu syarikat 1 Malaysian Development Berhad (1MDB).
Dalam satu ucapannya di Dewan Kuala Jerlun pada dua hari yang lalu,
Muhkriz sempat memberitahu bahawa dia akan menghantar surat kepada
Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja. Tujuan surat tersebut dihantar adalah,
bagi memohon Majlis Raja-Raja memanggil pengarah-pengarah yang terlibat
dalam penyiasatan 1MDB.
Sebab apa mahu dipanggil semula?? Katanya sebab masih ada yang
disembunyikan oleh mereka-mereka ini. Maklumat-maklumat yang diberikan
selama ini hanyalah maklumat palsu. Oleh sebab itu, Mukhriz mahu mereka
dipanggil semula untuk memberi laporan setelus telusnya secara langsung
kepada Majlis Raja-Raja.
Kerana bagi Mukhriz, jawapan yang diberikan sebelum ini kepada Majlis
Raja-Raja langsung tidak memuaskan hati. Mungkin Mukhriz bukan nak
puaskan hati rakyat, tapi nak puaskan hati sendiri dan bapaknya. Sebab
tu hasut rakyat, dan bagitahu yang mereka ini sembunyikan perkara
sebenar.
Tuduh Mukhriz lagi, mereka sedang melindungi seseorang dan individu yang
terlibat dalam kes 1MDB. Sehingga sanggup menipu rakyat dan Raja-Raja.
Eshhhhhhh.. Hebat sungguh tuduhan Mukhriz, berlagak merasakan dirinya
sahaja yang betul sehingga tergamak memfitnah orang lain.
Namun apa yang menggelikan hati, cer korang tengok reaksi rakyat yang
datang dengar ceramahnya tu. Semua muka mengantok dan bosan dengan
ucapan yang diberikan Mukhriz. Langsung tak bertenaga dan tidak bersorak
tanda menyokong tindakan yang bakal dilakukannya. Nampak gayanya rakyat
pun dah bosan dengan cakap kosong Mukhriz yang hanya mampu berlagak
seperti hero di depan rakyat...
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment