Sunday, February 14, 2016
Husam Musa Tidak Mahu Umat Islam Bersatukah?
Pelantikan Mursyidul Am PAS Datuk Dr Haron Din sebagai Ketua Kluster
Dakwah Majlis Perundingan Islam (MPI) sebenarnya bukan satu bentuk
penghinaan tetapi merupakan pengiktirafan dari kerajaan.
Penulis amat kesal dengan tindakan bekas Naib Presiden PAS, Datuk Husam
Musa yang menuduh dan mengecam Kerajaan sebagai telah menghina Mursyidul
Am PAS melalui pelantikan tersebut. Inilah sikap sebenar yang ditunjukkan oleh pemimpin PAS yang hanya tahu
mempolitikkan semua benda termasuklah kerja-kerja memartabatkan Agama
Allah.
Bak kata Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki sebelum ini, Dr Haron dipilih atas
ketokohannya sebagai pendakwah besar di negara ini, dan bukan atas
sebab parti politik. Semestinya pandangan Husam itu sesuatu yang amat cetek akal dan tidak langsung berfikir menganai ummah.
Pemimpin sebegini tidak seharusnya memimpin dan menjadi ahli parti yang menggunakan nama dan berlandaskan agama Islam.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment