Sunday, February 14, 2016
Haron Din Bincang Kepentingan Islam Dengan TPM
Ini yang paling ditakuti oleh pembangkang...bila musyidul Am Pas dan
ulama yang lain duduk semeja sebagai kumpulan pemikir membantu kerajaan
dengan cadangan mereka dalam melaksanakan agenda pembangunan negara
menurut landasan syarak.
Murysidul Am PAS Datuk Haron Din antara yang hadir dalam Mesyuarat
Jawatankuasa Induk Majlis Perundingan Islam (MPI) dipengerusikan oleh
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Zahid Hamidi di Putrajaya hari ini.
Turut hadir Mufti Perlis Datuk Asri Zainul Abidin, Presiden Ikatan
Muslimin Malaysia (ISMA) dan bekas pemimpin kanan PAS yang kini memimpin
Pergerakan Kesederhanaan Global (GMM) Nasharuddin Md Isa.
Pertemuan itu diumumkan oleh Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Asyraf Wajdi Dusuki di Facebook beliau hari ini.
Asyraf Wajdi berkata pertemuan pemimpin-pemimpin politik, NGO Islam,
ulama dan cendekiawan Islam itu bertujuan membincangkan perkara-perkara
melibatkan kepentingan umat Islam. Beliau tidak mendedahkan perbincangan lanjut pertemuan itu.
Bagaimanapun, media melaporkan Zahid sebagai menyentuh isu “dakwah
Internet” dan penularan ajaran sesat serta ideologi barat seperti
liberalisme.
Pembunuhan karakter
Zahid yang juga menteri dalam negeri berkata, ledakan media baharu
dikenal pasti antara punca berlakunya pelbagai krisis dalam masyarakat.
"Kita dapati sebahagian isu-isu bersifat terpencil sering kali
diperbesarkan untuk memburukkan imej Islam dan melakukan 'pembunuhan
karakter' terhadap institusi agama, ketua jabatan agama, para mufti dan
juga ilmuwan Islam," katanya.
Beliau juga dilapor membangkitkan penularan “ajaran sesat seperti Syiah
dan Qadiani” yang bercanggah dengan ajaran Ahli Sunnah Wal-Jamaah.
Menurut Bernama, MPI dianggotai tokoh pelbagai latar belakang meliputi
ahli agama, ahli akademik, tokoh korporat dan pemimpin NGO.
Ia berperanan sebagai kumpulan pemikir bagi membantu kerajaan dalam
memberikan idea dan cadangan ke arah melaksanakan agenda pembangunan
negara menurut landasan syarak.
PAS sebelum ini menyatakan kesediaannya bekerjasama dengan mana-mana pihak demi kepentingan Islam, termasuk Umno.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment