Sunday, February 14, 2016

Tidakkah Cara Mereka Ini Menghina Mahkamah Yang Telah Memutuskan Anwar Ibrahim Seorang Peliwat?

Kenapa hanya Anwar seorang sahaja yang ingin diBEBASkan... jika pembangkang merasakan mahkamah tidak adil bukankah pesalah lain juga patut mereka BEBASkan???

Mana anak-anak banduan.. isteri-isteri banduan... cucu-cucu banduan kenapa tidak minta pembangkang BELA nasib anda sekali???

Mahkamah telah memutuskan Anwar Ibrahim adalah pesalah meliwat dan bukannya pesalah politik, semua sedia maklum kes liwat yang mendapat jolokan ‘Liwat 2’ telah berjalan begitu lama dibicarakan, jadi atas dasar apa ianya dikatakan kes bicara politik kerana tiada orang politik pun yang terlibat melainkan yang dituduh ini adalah Anwar Ibrahim.

Adakah iklan ‘Bebas Anwar’ ini satu bentuk provokasi yang tidak dianggap menghina keputusan mahkamah?

Di bawah undang-undang yang kita ada sekarang, seseorang itu boleh dikenakan hukuman (penjara atau denda) jika sabit kesalahan ‘menghina mahkamah’ (contempt of court). Kesalahan menghina mahkamah ini mempunyai banyak dimensi atau jenis; salah satu daripadanya ialah membuat kenyataan mengenai kes yang sudah menjadi sub judice. 

Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN

No comments:

Post a Comment