Tuesday, February 16, 2016
IKBN Capai Sasaran Transformasi Sejak Dua Tahun Lepas – Khairy
KUALA LUMPUR : Program transformasi Institut Kemahiran Belia
Negara (IKBN) sejak April 2014 telah membuahkan hasil dengan peningkatan
jumlah graduannya yang memperoleh pekerjaan.
Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin berkata pelbagai syarikat
telah bersama menjayakan program transformasi itu yang telah memberi
manfaat besar kepada belia dan ekonomi negara.
“Hasil daripada transformasi ini, kita dapati 90 peratus atau sembilan daripada 10 graduan IKBN memperoleh pekerjaan,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis menandatangani
memorandum persefahaman (MoU) antara Kementerian Belia dan Sukan (KBS)
dan Malaysian Resources Corporation Bhd (MRCB) bagi Program Penyaluran
Tenaga Kerja IKBN dengan MRCB.
KBS diwakili Ketua Setiausahanya Datuk Seri Jamil Salleh manakala
MRCB diwakili Pengarah Urusan Kumpulannya Tan Sri Mohamad Salim Fateh
Din.
Khairy berkata kerjasama dengan syarikat seperti MRCB meningkatkan
lagi kebolehpasaran lepasan institut berkenaan dalam pelbagai bidang
antaranya elektrikal dan mekanikal.
Beliau berkata sejak 2014, kira-kira 20 syarikat telah bekerjasama
dengan IKBN dan ia berjaya melahirkan graduan IKBN yang lebih
berdedikasi, berdikari dan berdisiplin.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment