Monday, February 15, 2016

Isu Pekerja Asing : Pembangkang Hanya Tahu Bangkang Sahaja...

SHAH ALAM : Golongan muda tidak perlu berasa khuatir dengan kekurangan peluang pekerjaan berhubung langkah kerajaan membawa masuk ramai pekerja warga asing ke negara ini.

Pengerusi Majlis Tindakan Persekutuan Negeri Selangor Datuk Seri Noh Omar berkata, pengambilan pekerja warga asing ini adalah untuk menampung kekosongan sektor pekerjaan yang kurang diceburi oleh anak muda.

“Pekerja asing ini diambil untuk bekerja di sektor perladangan, perkilangan, pembinaan dan kerja-kerja buruh. Rakyat Malaysia terutama para belia didapati kurang berminat untuk bekerja di dalam sektor-sektor ini.” katanya ketika berucap di Perhimpunan Agung Tahunan Majlis Belia Selangor (MBS) ke-32, di sini, hari ini.

Perhimpunan dirasmikan oleh Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr  Ahmad Zahid Hamidi.

Noh berkata, para belia jangan cepat terpedaya dengan dakyah pihak yang tidak bertanggungjawab, kononnya kerajaan akan menutup peluang pekerjaan kepada mereka berikutan pengambilan pekerja asing ini.

“Saya cadangkan kepada Datuk Zahid, kita jangan ambil pekerja asing ini. Yang sedang bekerja pula kita hantar pulang ke negara mereka. Kita tengok apa akan terjadi nanti, operasi kilang terhenti dan buah sawit tak dapat dikait dan lalang-lalang tumbuh melata tidak ditebas.

“Pembangkang ini hanya pandai bercakap sahaja. Apa yang kerajaan buat semua nak bangkang. Kita dah kaji yang memang keperluan pekerja asing ini sangat mendesak dalam sektor pekerjaan tertentu,” katanya.

Sebelum ini, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengesahkan Malaysia akan menerima kemasukan kira-kira 1.5 juta pekerja dari Bangladesh.

Namun demikian, Noh berharap pihak kerajaan mesti memantau bagi memastikan keutamaan kepada anak tempatan tetap terbela. 

Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN

No comments:

Post a Comment