Monday, February 15, 2016
Mat Sabu Pengkhianat Paling Besar Dalam Sejarah Perjuangan Islam – PAS
PAS menyifatkan pemimpin Pakatan Harapan yang juga Presiden Parti Amanah
Negara (PAN), Mohamad Sabu melakukan pengkhianatan yang paling besar
dalam sejarah perjuangan Islam di negara ini.
Ketua Pemuda PAS Selangor, Syarhan Humaizi Abdul Halim berkata, Mohamad
atau lebih popular dengan panggilan Mat Sabu telah mengkhianati
perjuangan Islam dengan membuat tuduhan melampau kononnya punca
penubuhan PAS diresapi pemikiran ISIS dan budaya takfiri.
“Sebagai seorang anak muda yang terlibat dengan PAS bahkan pernah
melalui zaman kecil dan membesar dengan cerita kegemilangan PAS melalui
tokoh-tokoh yang ikhlas berjuang, tuduhan PAS sebagai sebuah parti
diresapi fahaman ISIS adalah suatu tuduhan yang melampau.
“Pengkhianatan dengan tuduhan tersebut mengguris semua pihak yang
berjuang bersama PAS,” tegasnya dalam satu kenyataan media hari ini.
Syarhan Humaizi berkata, tuduhan Mat Sabu itu sebenarnya bertujuan
supaya PAS diharamkan oleh kerajaan Persekutuan kerana dikhuatiri
membawa anasir keganasan di negara ini berdasarkan dakwaan itu.
Justeru, beliau berpesan kepada Mat Sabu supaya takut dengan doa para
ulama kerana Allah S.W.T yang akan menentukan parti politik mana yang
akan berkubur kelak.
“Pesan saya takutlah dengan doa para ulama. Takutlah dengan doa orang
yang ikhlas. Takutlah dengan doa orang yang dizalimi. Takutlah dengan
doa para perjuang Islam. Allah pasti akan tentukan siapa akan terbubar
dan siapa akan terkubur akibat pengkhianatan memakan diri sendiri,”
tegasnya.
Mat Sabu yang disingkirkan daripada jawatan Timbalan Presiden PAS pada
Jun lalu bertindak mewujudkan parti Islam baharu, PAN bagi menyertai
Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP dalam Pakatan Harapan.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment