Monday, February 15, 2016
Kantoiiiii...... "Kami Tak Buat Apa-Apa Ustaz"
AMPANG : “Kami tak buat apa-apa ustaz. Kami duduk saja tengok
pemandangan,” itulah antara reaksi beberapa pasangan remaja yang ditahan
dalam Operasi Valentine oleh penguat kuasa Jabatan Agama Islam Selangor
(JAIS) dan Pegawai Masjid Al-Azim Pandan Indah, awal pagi semalam.
Pegawai Masjid Al-Azim, Ahmad Nawi Othman berkata, seramai 20 individu
termasuk sembilan lelaki dalam lingkungan usia 20 hingga 30-an ditahan
di Bukit Ampang.
Menurutnya, operasi bersama Rela kira-kira jam 12 tengah malam,
mendapati individu yang ditahan itu dipercayai berkelakuan tidak sopan
di tempat tumpuan awam.
“Ketika ditahan, sebahagian daripada mereka sedang berdua-duaan dalam kereta di kawasan gelap.
“Segelintir mereka yang ditahan itu beri pelbagai alasan antaranya baru
sampai dan mahu pergi makan ke gerai berhampiran. Mereka kemudian dibawa
ke Masjid Al Azim, Pandan Indah untuk sesi penerangan lanjut,” katanya.
Ahmad Nawi berkata, kesemua mereka diberi surat perintah hadir kaunseling wajib yang diadakan pada 27 Mac ini di masjid itu.
“Tindakan tegas akan diambil jika mereka ingkar dan tidak menghadiri
sesi kaunseling tersebut, Kami tidak teragak-agak menyerahkan mereka
kepada Jais untuk dikenakan tindakan lanjut,” katanya.
Operasi itu dijalankan mengikut Seksyen 31 Enakmen Jenayah Syariah Jais 1995.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment