Sunday, February 14, 2016
Jangan Buat Spekulasi..... Mercun Punca Letupan Berhampiran UTC Ipoh
IPOH : Timbalan Ketua Polis Daerah Ipoh, Supt Anuar Othman mengesahkan
letupan yang berlaku di Jalan Datuk Onn Jaafar, berhampiran Pusat
Transformasi Bandar (UTC) di sini pada kira-kira 11 pagi tadi berpunca
daripada mercun.
Beliau berkata mercun itu dipercayai diletakkan di dalam sebuah pasu bunga oleh seorang lelaki tidak dikenali.
Katanya sebaik menerima panggilan daripada orang awam pada kira-kira
11.30 pagi, anggota Jabatan Forensik dan Unit Pemusnah Bom Polis Diraja
Malaysia bergegas ke lokasi kejadian.
"Sebaik tiba didapati satu pasu pecah kesan daripada letupan kuat tetapi
serpihan letupan tidak mendatangkan kecederaan kepada orang awam,"
katanya.
Anuar berkata berdasarkan keterangan saksi di tempat kejadian, seorang
lelaki yang memakai topi keledar berdiri berhampiran pasu berkenaan dan
beredar sebelum letupan berlaku.
Kes disiasat mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan kerana melakukan khianat.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment