Sunday, February 14, 2016
Kaji Semula Dasar Bank Negara Untuk Beri Pinjaman Pelajaran
ALOR SETAR : Majlis Amanah Rakyat (Mara) meminta kerajaan mengkaji semula
beberapa dasar Bank Negara Malaysia (BNM) bagi memudahkan pelajar
mendapatkan pinjaman pelajaran dari bank.
Pengerusinya, Tan Sri Annuar Musa berkata, ini kerana bank tidak boleh
memberi pinjaman pelajaran kepada pelajar di bawah Mara kerana tertakluk
kepada beberapa peraturan seperti jumlah bayaran balik dan tempoh masa
yang singkat.
Beliau bekata, pelajar yang membuat pinjaman menerusi Skim Bank Mara,
mereka terpaksa membayar balik pinjaman mereka seperti pakej pinjaman
peribadi dalam tempoh 10 tahun.
"Ini agak membebankan pelajar. Kita harap beberapa dasar di BNM akan
diubah bagi memberi peluang kepada pelajar membayar kurang dari RM1,000
sebulan mengikut tiga atau empat fasa serta tempoh bayaran balik
dipanjangkan," katanya selepas mengadakan pertemuan dengan Ketua-ketua
Penerangan Umno Bahagian dan Sayap di Pejabat Badan Perhubungan Umno
Kedah di sini, Sabtu.
Katanya, pihaknya telah menyiap dan menyerahkan kertas kerja kepada
Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) untuk dibentangkan
dalam kabinet dalam masa terdekat.
Annuar berkata, menerusi Skim Bank Mara pihaknya akan menanggung faedah
pinjaman oleh pelajar dan Mara akan menanggung jumlah keseluruhan
pinjaman sekiranya pelajar tersebut memperoleh keputusan cemerlang
(kelas atas).
Beliau berkata, pihaknya juga meminta BNM menyediakan RM1 bilion kepada
Mara bagi memberi peluang kepada pelajar Mara mendapatkan pinjaman.
"Setiap tahun kita ada dana sebanyak RM2 bilion untuk 75,000 pelajar
Mara di bawah Institusi Pengajian Tinggi di bawah Mara. Kita sediakan
skim Bank Mara untuk bantu pelajar bumiputera untuk teruskan pengajian
mereka ke peringkat lebih tinggi," katanya.
Mengenai dakwaan pelajar dari Universiti Kuala Lumpur (UniKL) yang
dikatakan berhenti belajar disebabkan masalah kewangan, Annuar berkata,
pelajar terbabit perlu tampil ke UniKL untuk menyambung kembali
pengajian mereka.
"Saya telah beri arahan kepada UniKL untuk beri kelulusan automatik
pinjaman kepada pelajar terbabit. Tak perlu berhenti belajar disebabkan
faktor kemiskinan," katanya.
Annuar turut mengakui terdapat kelewatan mengenai surat kelulusan
pinjaman kepada pelajar Mara pengambilan Julai dan September dan perkara
itu telah diselesaikan.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment