Sunday, February 14, 2016
Gempar.... Nelayan Dibunuh Ketika Sarapan
KOTA KINABALU : Malang menimpa seorang nelayan yang sedang bersarapan
bersama rakannya apabila dia dibunuh oleh individu tidak dikenali pada
awal Ahad.
Mangsa yang dipercayai berusia lingkuan 20an bersarapan bersama dua lagi
rakannya di sebuah kedai kopi di Sandakan apabila seorang lelaki
berjalan ke meja mereka dan memukul kepalanya dalam kejadian yang
berlaku kira-kira pukul 4 pagi.
Dua rakannya melarikan diri meninggalkan mangsa di tempat kejadian.
Ketua Polis Daerah Sandakan, Asisten Komisioner Zabidi Md Zain berkata
pejalan kaki yang lalu di kawasan berkenaan melihat mangsa dalam keadaan
tidak bermaya dan melaporkan kepada polis kira-kira pukul 4.45 pagi.
"Mangsa ditemui dengan kecederaan di kepala," kata ACP Zabidi. Beliau berkata polis masih cuba untuk mengenal pasti suspek dan menentukan motif serangan. "Sesiapa yang mempunyai maklumat diminta tampil membantu," kata ACP Zabidi.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment