
Monday, February 15, 2016
Jentera Penerangan UMNO Perlu Guna Mesyuarat Cawangan Untuk Beri Kefahaman Tentang Cabaran Semasa

KOTA BAHARU : Jentera penerangan UMNO perlu mengambil peluang
pada mesyuarat 21,500 cawangan parti itu pada Mac dan April ini
untuk memperkukuhkan perpaduan, selain memberi kefahaman mengenai
perjuangan parti kepada seluruh anggota terutama dalam menghadapi
cabaran semasa.
Ketua Penerangan UMNO Tan Sri Annuar Musa berkata berkata usaha itu
penting terutama kepada golongan muda yang menyertai parti itu agar
mereka dapat menghayati dasar dan falsafah perjuangan UMNO.
“Saya percaya itu akan merupakan satu ketahanan dalaman anggota UMNO
untuk menghadapi cabaran isu semasa, fitnah, serangan yang cuba
ditimbulkan oleh pembangkang,” katanya selepas mengadakan perjumpaan
dengan Jawatankuasa Penerangan UMNO Bahagian serta sayap Wanita, Pemuda
dan Puteri Kelantan di sini, hari ini.
Annuar berkata gerakan penerangan yang baharu sedang disusun
melibatkan kira-kira 80,000 anggota jentera penerangan sebagai persiapan
awal bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-14.
Strategi penerangan akan disesuaikan dengan keadaan semasa
termasuk mengambil kira Kelantan, Selangor dan Pulau Pinang yang kini
diperintah oleh pembangkang, katanya.
Beliau berharap seluruh pemimpin dan anggota parti bersatu
memperkukuhkan perpaduan dengan mengetepikan sebarang perselisihan yang
merugikan parti.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment