Monday, February 15, 2016

Gempar Kena Lebih... PAN Kutip Derma Elak Mat Sabu Muflis

Lakonan saja... sapa-sapa yang perati cara operasi Parti Amanah Nasional (PAN) sejak dilancarkan hujung tahun lalu mestu gelang kepala fikir mana puak ini 'cekau' duit. Bangunan pejabat sana-sini, sehinggakan di pekan kecil macam Teluk Kumbar Pulau Pinang pun ada pejabat PAN.

Jangan cakap lagi soal pemimpin terbang sana sini nak cari sokongan, parti yang sebut-sebut macam 'reban kosong', ramai pemimpin tapi tak ada ahli.

Alih-alih nak kutip derma bagi elak pemimpin utama mereka Mohamad Sabu yang kalah selepas disaman kerana memfitnah bekas Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Datuk Wan Ahmad Wan Omar berhubung isu ‘Projek IC’ di Sabah.

PAN pada Isnin merayu orang ramai menghulurkan bantuan kepada Mat Sabu bagi mengelakkan beliau diisytiharkan muflis.

Setiausaha agungnya, Mohd Anuar Tahir berkata bantuan tersebut amat diperlukan buat masa ini kerana bimbang kemungkinan Mat Sabu gagal membayar gantirugi sebanyak RM200,000.

Dalam sidang medianya, Anuar berkata, kurang 24 jam berita itu disiarkan, terdapat sesetengah pihak yang memulakan usaha mengumpul dana bagi membantu Mohamad atau lebih dikenali sebagai Mat Sabu.

"Kami mengucapkan terima kasih atas keprihatinan dan sokongan yang dizahirkan oleh semua pihak.

"Namun untuk menentukan tidak timbul fitnah berhubung kutipan ini, maka kami meminta semua pihak terlibat supaya berhubung dengan kami terlebih dahulu," kata Anuar.

Mungkin rayuan derma ini strategi raih simpati dan lakonan pura-pura tak ada duit oleh pemimpin PAN.

Mat Sabu berdepan dengan tuntutan muflis selepas gagal melunaskan ganti rugi berjumlah RM200,000 kepada Datuk Wan Ahmad Wan Omar kerana memfitnah bekas Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) berhubung isu ‘Projek IC’ di Sabah.

Kenyataan itu disiarkan lidah rasmi PAS, Harakah edisi 1 hingga 3 Februari 2013, yang mana Mat Sabu ketika itu merupakan timbalan presiden PAS.

Peguam Wan Ahmad, Noor Hazira Abu Haiyan seperti dilaporkan media berkata, pihaknya memfailkan petisyen pemiutang terhadap Mat Sabu untuk mendapatkan semula ganti rugi itu beserta faedah. 

Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN

No comments:

Post a Comment