Monday, February 15, 2016
Lagi Temberang Di Media Sosial… Dakwa Bekas Pengerusi 1MDB Sebut RM2.6 Bilion Dari 1MDB
Bayangkan macam mana tak sensasi bila bekas Pengerusi 1Malaysia
Development Berhad (1MDB) Tan Sri Mohd Bakke Salleh disebar kata dana
RM2.6 billion yang masuk ke akaun Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun
Razak adalah wang 1MDB.
Lebih sensasi lagi beliau didakwa sebut begitu ketika beri keterangan
kepada Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) pada 11 Februari.
Cara ia disebar di media sosial dan diputar beberapa hari kebelakangan
ini seolah beliau benar-benar cakap begitu sehingga ramai yang tidak
usul periksa percaya.
Sedangkan semua itu adalah temberang pihak tertentu yang cuba bikin panas isu 1MDB.
Mohd Bakee yang kini CEO Sime Darby dalam satu kenyataan Isnin kata
beliau tidak pernah disebut atau dilafaz hal seperti yang disebar itu
ketika keterangan saya kepada PAC dalam siasatan mereka terhadap 1MDB.
"Satu laporan polis akan turut dibuat dan saya tidak akan teragak-agak
untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap mana-mana individu yang
melakukan sebaran tidak benar mengandungi ayat sama ada ia merujuk,
berkait dan memfitnah saya serta individu yang dirujuk sebagai saya,"
katanya.
Mohd Bakke juga menasihati pengguna laman sosial untuk lebih
berhati-hati terhadap sebarang sebaran spekulasi dan khabar angin tanpa
pengesahan pihak yang sahih.
Beliau bersama bekas Ketua Pegawai Eksekutif 1MDB Datuk Shahrol Azral
Ibrahim Halmi telah beri keterangan kepada PAC pada 11 Februari.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment