Sunday, February 14, 2016
Ketua Kampung Penting Sebagai Ejen Transformasi Luar Bandar – Tajuddin
TELUK INTAN : Tanggungjawab dan peranan ketua-ketua kampung
amat penting sebagai ejen transformasi luar bandar, kata Anggota
Parlimen Pasir Salak Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman.
Beliau berkata sehubungan itu ketua kampung perlu meningkatkan lagi
kerjasama dengan wakil rakyat di kawasan masing-masing bagi memastikan
pembangunan dilaksanakan di kawasan mereka di samping meningkatkan
ekonomi penduduk.
Ketua kampung juga perlu merancang gerak kerja bagi mengatasi dan
membendung masalah sosial di kawasan masing-masing, kata Tajuddin yang
juga Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani kepada pemberita
selepas majlis penyampaian Watikah Pelantikan Ketua Kampung 2016-2017,
di sini hari ini.
Sebanyak 89 ketua kampung iaitu 41 bagi kawasan Dewan Undangan Negeri
(DUN) Sungai Manik dan 48 bagi DUN Kampung Gajah dalam Parlimen Pasir
Salak menerima watikah pelantikan masing-masing.
Daripada jumlah itu 75 adalah ketua kampung yang disambung perkhidmatan, manakala 14 adalah muka baharu.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment