Sunday, February 14, 2016
Perpaduan Kaum Toggak Keharmonian, Keamanan Negara – Zambry
IPOH : Menteri Besar Perak Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir
berkata perpaduan kaum merupakan tonggak dalam memastikan keharmonian
dan keamanan negara terus kukuh.
Beliau berkata usaha berterusan dalam memastikan negara terus makmur
perlu dipikul bersama oleh semua pihak tanpa mengira kaum dan agama.
“Kami berharap ketibaan Tahun Monyet tahun ini dapat memberi satu
semangat kerana ia merupakan lambang kebijaksanaan yang akan membawa
negeri ini khususnya, terus maju,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Sambutan Tahun
Baharu Cina anjuran Gerakan Perak di Dewan Sekolah Jenis Kebangsaan
Chung Tak, Kampung Simee di sini, hari ini.
Hadir sama pada majlis itu ialah Pengerusi Gerakan Datuk Seri Mah
Siew Keong, Penasihat Gerakan Tan Sri Chang Ko Youn, Pengerusi MCA Perak
Datuk Mah Hang Soon serta kira-kira 1,000 tetamu daripada pelbagai
lapisan masyarakat.
Pada majlis itu, Zambry turut menyampaikan sumbangan berupa bekalan
makana kepada 20 penerima yang disediakan oleh Yayasan Bina Upaya Darul
Ridzuan.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment