Tuesday, February 16, 2016
Kita Semua Faham Tak Bahasa Melayu Sesetengah Pemimpin DAP? Wajibkanlah Mereka Fasih Dahulu....
Cuba lihat pertuturan kepimpinan DAP, kebanyakan
mereka langsung tidak fasih berbahasa Melayu. Cukup sukar untuk memahami
percakapan mereka, apatah lagi ‘menghadam’ putar-belit mereka.
Walaupun sudah bertahun-tahun menjadi wakil rakyat, pemimpin DAP ini
seakan-akan langsung tidak berusaha untuk menambaik-baik tahap
penguasaan bahasa rasmi negara itu.
Ini kah yang dilaungkan oleh DAP sebagai pendokong kepada
Perlembagaan Negara? Mereka sentiasa mengkritik pemimpin yang berada
diluar kelompok dengan menimbulkan isu remeh dan sampah untuk
menimbulkan suasana yang tidak selesa.
Tujuan isu remeh ini dibangkitkan adalah bertujuan untuk
memperlihatkan keburukan keburukan orang lain dimata rakyat, ibarat
paku dulang paku serpih, mengata orang dia yang lebih. DAP sering
mencari kesalahan kerajaan namun tidak menyedari kelemahan sendiri.
Bahasa Malaysia atau Bahasa Melayu adalah bahasa kebangsaan dan telah
termaktub dalam Perlembagaan Malaysia. Kefasihan rakyat atau
warganegara dalam perbualan dan ucapan menunjukan bahawa mereka
menghormati Bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi negara.
DAP gemar mengkritik, namun tidak pernah untuk memastikan ahli ahli
Parlimen mereka fasih berbahasa Kebangsaan. Sikap hipokrit DAP ini
sekali gus seperti tidak mengiktiraf bahawa bahasa Melayu adalah bahasa
rasmi kerajaan Malaysia.
Oleh yang demikian cadangan mewajibkan individu yang ingin menjadi
wakil rakyat mesti fasih berbahasa Melayu adalah wajar. Malah,
kegagalan berbuat demikian merupakan satu kegagalan untuk menjadi
seorang pemimpin.
Bahasa Melayu adalah bahasa rasmi negara. Malang sekali ahli
parlimen negara tidak tahu berbahasa Melayu dengan baik. Membiarkan
perkara ini berlanjutan menunjukkan kerajaan tidak serius memartabatkan
bahasa Melayu terutama kepada yang bakal dan juga yang sedang menjawat
jawatan pemimpin.
Hakikatnya itulah yang terjadi walaupun para pemimpin DAP ini lahir
dan membesar di negara ini. Mereka seolah olah tidak mahu
mempertingkatkan mutu bahasa kebangsaan yang mana menjadi bahasa
perantaraan dan hubungan antara kaum.
Kerajaan seharusnya mengambil tindakan tegas dan menjadikan syarat
utama untuk dipilih sebagai pemimpin adalah dengan memartabatkan Bahasa
Melayu melalui kefasihannya. Penggunaan bahasa Kebangsaan melalui
politik dan segala urusan seharian menunjukkan sikap patriotik seorang
warganegara itu.
Kegagalan dalam menguasai bahasa Kebangsaan Malaysia ini sekaligus
menggambarkan kegagalan seorang pemimpin. Justeru, para pemimpin DAP
perlu sedar bahawa bahasa Melayu telah dinobatkan sebagai bahasa
kebangsaan, bahasa rasmi dan bahasa pengantar ilmu sejak kemerdekaan
pada tahun 1957, mereka perlu menguasainya dengan fasih, bukan sekadar
lulus sahaja.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment