Tuesday, February 16, 2016

Tahniah!!! Mahathir Bakal Dilantik Ketua Umum Parti Perkasa?

KUALA LUMPUR 27/03/2010 ;
SATU lagi berita gempar yang diperoleh adalah bekas Perdana Menteri yang paling giat menghentam kepimpinan negara iaitu Tun Dr Mahathir Mohamed bakal dilantik sebagai Ketua Umum kepada Parti PERKASA.

Dr Mahathir adalah pemimpin yang dicari oleh PERKASA seawal penubuhan pertubuhan NGO tersebut, malah beliaulah juga tokoh yang merasmikan Mesyuarat Agung Pertama PERKASA pada 27 Mac 2010 di PWTC, Kuala Lumpur.

Ada pihak yang melihat bahawa PERKASA hanya mampu bergerak dan berani dalam ‘menyerang’ sesuatu isu kerana mereka ‘bergayut di belakang’ Dr Mahathir semata-mata.

Desas desus dari sumber terdekat itu menceritakan bahawa bekas Perdana Menteri itu bakal dilantik menjadi Ketua Umum apabila PERKASA menjadi sebuah parti politik yang sah di negara ini.

Ia rentetan daripada kenyataan Presidennya, Datuk Ibrahim Ali semalam yang tidak menolak kemungkinan pertubuhan itu akan bertukar menjadi sebuah parti politik sekiranya keadaan begitu mendesak menjelang Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) akan datang.
PERKASA 2
Menurut laporan sebuah akhbar hari ini, Ibrahim berkata keputusan itu bagaimanapun bergantung kepada seluruh ahli pertubuhan berkenaan dan sekiranya usul tersebut dibawa untuk perbincangan dalam Persidangan Agung PERKASA, mungkin ‘impian’ tersebut bakal menjadi kenyataan.

Sekiranya benar, pemilihan Dr Mahathir sebagai Ketua Umum Parti PERKASA ini juga dilihat tepat memandangkan usahanya sekarang yang dilihat bukan membantu menguatkan parti UMNO, malah cuba membentuk puak-puak dengan lebih banyak dalam UMNO itu sendiri.

Ia dicipta melalui tindakannya sendiri yang tidak henti-henti menyerang dan memperlekehkan Presiden UMNO dan institusinya.

Jadi, eloklah Dr Mahathir keluar UMNO dan sertai parti baharu iaitu PERKASA sekali gus terus dilantik menjadi ‘Ikon PERKASA’ melalui jawatan tidak dipertandingkan seperti Ketua Umum.

Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN

No comments:

Post a Comment