Tuesday, February 16, 2016
PRN Sarawak : Kini Giliran PAS Pula Buat DAP Kecut Perut
KUALA LUMPUR : Langkah
Pas meletakkan calon bukan Islam dari Dewan Himpunan Penyokong Pas
(DHPP) dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak pada April ini dipercayai
untuk membuat checkmate terhadap usaha DAP yang mula menurunkan calon Melayu sejak Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 lalu.
Ketua Kluster Politik, Keselamatan dan
Hal Ehwal Antarabangsa, Majlis Profesor Negara (MPN), Prof Datuk Dr
Mohamed Mustafa Ishak berkata, percubaan kedua Pas itu dilihat sebagai
satu peringatan kepada DAP bahawa parti Islam itu mampu mencabar musuh
ketatnya walaupun bersendirian.
“Apabila DAP meletakkan
calon-calon Melayu untuk berlawan dengan Pas ataupun Umno, ia akan
memberi kesan kepada kedua-dua parti itu jika bertanding. Bila DAP
meletakkan calon Melayu, Pas juga sebenarnya bersedia untuk meletakkan
calon Cina.
“Kita lihat bahawa
pertelagahan antara Pas dengan DAP ini masih belum selesai dan pilihan
raya kali ini akan menjadi medan di mana masing-masing beradu kekuatan
dan strategi iaitu untuk memastikan lawan mereka kalah atau menang,” katanya kepada media, semalam.
Sebelum ini, Timbalan Presiden Pas,
Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man mengumumkan bahawa parti Islam itu akan
bertanding di 11 kerusi Dun Sarawak dan mengetegahkan calon bukan Islam
untuk bertanding dalam pilihan raya negeri itu.
Mengulas lanjut, Mohamed Mustafa juga
berkata, strategi Pas itu dijangka memecahkan undi kepada pembangkang
jika parti Islam itu meletakkan calonnya di kawasan luar bandar
sekaligus memberi kelebihan kepada BN.
“Kalau Pas meletakkan
calonnya di kawasan DAP, sudah pasti ia akan memberikan satu kelebihan
kepada BN, sebab undi akan pecah di kalangan mereka yang mengundi
pembangkang, kerana mungkin ada yang mengundi Pas.
“Kalau Pas bertanding, Pas
akan mengambil undi pembangkang, undi yang biasanya diberikan kepada
parti-parti pembangkang, kerana BN Sarawak sangat kuat, di mana
mempunyai penyokong setia yang kuat,” ujarnya.
Ditanya mengenai keberkesanan strategi
Pas mengetengahkan calon bukan Islam, beliau bagaimanapun berkata ia
bergantung kepada kawasan mana yang ditandingi Pas.
“Kalau benar Pas ingin
bertanding di kawasan yang majoritinya Melayu, sudah tentu undi Cina itu
akan pergi kepada DAP, kalau pergi pada dia pun tak semua, sebab Pas
meletakkan calon bukan Melayu, bermakna pengundi ada pilihan.
“Peluang Pas tidak begitu
tinggi di Sarawak, sebenarnya memang tipis, adakah motifnya meletakkan
calon hanya untuk memecahkan undi dan siapa yang akan menerima kesan
buruk dan siapa yang akan dapat faedah, itu kita tak tahu,” katanya lagi.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment