Tuesday, February 16, 2016
KPDNKK Akan Selesaikan Isu Logo “Tiada Babi” Segera
KUALA LUMPUR : Kementerian Perdagangan Dalam Negeri,
Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) akan menyelesaikan isu penggunaan
logo ‘tiada babi’ dan ‘tiada daging babi dan lemak babi’ secepat
mungkin.
Menterinya Datuk Seri Hamzah Zainuddin berkata kementerian itu akan
memberi perhatian memperbetulkan definisi dan penggunaan istilah
berkenaan.
“Saya akan pastikan untuk perbaiki dan meletakkan definisi dan
penggunaan istilah yang khusus bagi mengelakkan berlakunya sebarang
kekeliruan dan syak wasangka,” katanya kepada pemberita selepas majlis
penyampaian Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) 2015 kementerian itu
di sini Selasa.
Sementara itu, Hamzah berkata pihaknya akan bekerjasama dengan
Jabatan Imigresen, pihak berkuasa tempatan dan unit penguatkuasaan yang
lain dalam menjalankan serbuan ke atas premis warga tempatan yang
menyerahkan operasi kedai kepada pekerja asing.
“Kita nak tentukan lesen yang telah dikeluarkan digunakan dengan
sebaik mungkin. Majikan tempatan dibenarkan mengambil warga asing
bekerja di premis mereka tetapi mesti ada permit yang sah.
“Yang jadi masalah ialah apabila mereka mengambil pekerja asing tanpa permit atau tanpa permit yang sah,” tegasnya.
Seramai 96 orang menerima APC 2015 yang turut melibatkan tiga agensi
di bawah kementerian itu iaitu Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM),
Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO) dan Suruhanjaya Persaingan
Malaysia (MyCC).
Turut hadir Ketua Setiausaha KPDNKK Datuk Seri Alias Ahmad.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment