
Monday, February 15, 2016
Malaysia Sumbang RM 900,000 Kepada Pelarian Syria Di Jordan

Malaysia menyumbangkan kira-kira US$240,000 (RM900,000) sebagai bantuan kemanusiaan kepada pelarian Syria di Jordan.
Kementerian Luar dalam satu kenyataan berkata program bantuan itu
adalah inisiatif isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor selaku
penaung Tabung Kesejahteraan Kanak-Kanak Sedunia (GCWF) dan Yang
Dipertua Badan Amal dan Kebajikan Tenaga Isteri-Isteri Menteri dan
Timbalan Menteri (Bakti).
“Sebanyak US$200,000 (RM826,209) telah disumbangkan oleh GCWF manakala US$40,000 (RM165,241) adalah sumbangan Bakti,” katanya.
Menurut kenyataan itu, jumlah tersebut merupakan sebahagian daripada
US$600,000 (RM2.7 juta) yang disalurkan oleh kedua-dua badan tersebut
kepada pelarian Syria di Lubnan dan Jordan.
Katanya, program pengagihan bantuan seperti selimut dan susu
kanak-kanak kepada 100 keluarga pelarian Syria telah disampaikan Duta
Besar Malaysia ke Jordan, Zakri Jaafar kepada setiap wakil keluarga
pelarian Khamis lepas.
Menurutnya, kedutaan Malaysia telah mendapat bantuan daripada Jordan
Hashemite Charity Organisation, sebuah agensi penyelaras bagi penyaluran
bantuan kemanusiaan, untuk mengenal pasti keluarga pelarian Syria yang
tinggal di luar kem pelarian untuk diberikan sumbangan.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment