Monday, February 15, 2016

Sektor 3D : Azmin Ali Buktikan Rakyat Malaysia Mampu Melakukannya !!!

Isu berkenaan kemasukan pekerja asing terus mendapat tempat di hati para netizen, dengan pelbagai hujah yang sememangnya ada kebenaran, terutamanya tentang peluang anak tempatan untuk mendapatkan peluang pekerjaan.

Pun begitu, keperluan untuk mendapatkan tenaga kerja luar tidak boleh dinafikan, dengan sektor-sektor tertentu yang terbukti kurang mendapat sokongan tenaga tempatan. Untuk lebih lanjut, penulis akan ulas pada artikel lain, Insha Allah.

Sedang netizen kini heboh dengan 3D, sedar tidak sedar, Azmin Ali telah lama mengajar rakyat Selangor untuk tidak bersikap memilih kerja. Untung rakyat Selangor, apabila MB nya sendiri yang mengepalai tugas-tugas 3D – difficult, dangerous, dirty.

Ini baru dinamakan kepimpinan melalui teladan.

Selaku negeri paling galak membiaknya nyamuk Aedes, Azmin sekali lagi terkehadapan, dan sanggup terdedah dengan dengan bahaya demam denggi apabila terlibat dengan operasi anti nyamuk aedes.
azmin ali sembur nyamuk
Ya. Memang tugas ini sangat “dangerous”. Siapa kata rakyat Malaysia tidak mampu laksanakan 3D? Azmin sudah buktikan.
azmin ali longkang 1
Lihat sahaja apabila Azmin masuk ke dalam longkang seperti gambar diatas, bukan sahaja kotoran, tetapi siapa tahu ada ular atau binatang berbisa di dalam longkang terbabit. Namun Azmin tetap 3D.

Soal “dirty” pula, mungkin kita boleh merujuk pekerjaan di dalam jamban. Khabarnya, ada foto pria mirip susuk tubuh Azmin Ali sedang “bekerja” di dalam jamban.

Jika benar foto itu merujuk kepada Azmin Ali, memang tidak perlu lagi dinafikan akan kebolehupayaan orang kita dalam melaksanakan kerja-kerja 3D.

Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN

No comments:

Post a Comment