Monday, February 15, 2016

Penafian TS Bakke : Nak Kena Tipu Sampai Bila?

IMG-20160215-WA0005
Penafian bekas Pengerusi 1MDB, Tan Sri Bakke Salleh semalam bahawa beliau ada membuat kenyataan mengaitkan sumbangan politik RM 2.6 billion dengan 1MDB, membuktikan satu lagi penipuan dari puak-puak penyokong Tun Mahathir dalam isu yang sama.

Apa lagi yang puak ini tak puas hati, orang dah kata bukan duit 1MDB, bukan duit 1MDB lah, nak kena tipu sampai bila?

Dakwaan asal kononnya 1MDB melesapkan duit rakyat sebanyak RM 42 billion pun tak terbukti sampai sekarang, lagi nak buat dosa kering baru ke? Atau dosa pahala sudah tidak ada makna lagi dalam hidup mereka. Agama sudah tidak ada atau siapa yang dah jamin masuk syurga?

Ini semua bagaimanapun membuktikan bahawa semua yang dikatakan puak-puak ini mengenai kaitan dana politik dengan 1MDB adalah salah belaka.  Main hentam keromo ikut apa yang depa nak faham saja, faktanya hampir tidak ada sama sekali.  Itulah padahnya berketuakan orang nyanyuk, belum kerepot pun dah nyanyuk sama.

Dalam kes ini, entah macam mana Bakke yang meletakkan jawatan pada tahun 2009, dikaitkan dengan dana politik diterima Perdana Menteri pada 2013?  Logik mudah pun tak boleh nak faham.

Tak hairan kenapa puak-puak ini berlumba-lumba memadamkan posting berkaitan dari page masing-masing, selepas mengetahui Bakke akan membuat laporan polis atas fitnah yang disebarkan.  Oh, polis kau takut, Tuhan kau tak takut?

Jadi berhentilah menyokong puak-puak ini dan terima sajalah hakikat bahawa Datuk Seri Najib Tun Razak tidak melakukan kesalahan seperti apa yang dituduh.  Semua siasatan menunjukkan ke arah itu (tidak bersalah), Peguam Negara sendiri pun bersetuju dan keadilan sudah pun ditegakkan.

Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN

No comments:

Post a Comment