
Monday, February 15, 2016
Punca Utama Bangladesh Jadi Rebutan Majikan Di Malaysia
EDITOR MENULIS...
15 FEBRUARI 2016

Ramai
sangat dah rakyat tempatan dok rasa hebat dan suka sangat perlekehkan
warga Bangladesh. Mari sini saya nak terangkan kepada kalian semua… Nak tahu
kenapa warga BANGLADESH yang busuk, kotor, jijik, tak hensem dan korang
geli hina sangat tu jadi pilihan dan rebutan majikan di Malaysia??
Yang pertama sekali sebab nenek dorang tak
mati empat tahun sekali. Mak bapak mereka pulak tak masuk hospital 20
kali dalam setahun. Adik beradik, sepupu sepapat, pak menakan mak
menakan dan kawan-kawan dorang tak kenduri kahwin sebulan tiga empat
kali. Maknanya dorang tak cuti kerap.. Kalau orang kita pula kerja
hampeh tahu nak cuti je lepas tu mula la merungut kena warning letter
segala jadah tu. gaji tak naik segala bagai.
Dan yang paling best kalau bergaduh dengan
awek atau awek merajuk… Uihhhh kena mintak cuti oooo kalau tidak tak
boleh buat kerja asyik teringatkan awek yang tengah muncung mulut sedepa
macam tikus mondok! Kena cuti sebab nak pujuk bawak pi tengok wayang
kat GSC, pergi candle light dinner atas Menara Alor Setar, wahhhh
sweettttt gitu kan! HAHA!
Budak-budak kita kalau kerja kontrak atau
buruh binaan mana boleh….. Oiiii alergik panas oiii biasa la puteri
lilin la katakan. Kang kerja tengah panas awek lari pulak sebab
boyfriend hitam mana mau, betul tak? Kalau boleh tu masa bancuh simen
majikan kena pasangan aircon baru la boleh bancuh simen dengan nyaman.
Awek sekarang pula mana mau boyfriend dorang
kerja buruh je, dorang nak yang pakai kemeja kerja dalam aircond. Pastu
kemeja pulak fit sampai nak terkoyak sebab badan ketul-ketul sado baru
aummm! Time kerja pulak kena sharp! Tapi sharp wartu balik jela, yela
sebab japgi nak pergi gym pulak nak bagi sado baru awek suka.
Mana layan kerja over time ni, rugi masa
bebbbb, kang malam-malam tak boleh lepak kedai mamak sambil isap vape
pulak. Dengan nak race dekat Jalan Pegawai naik highway Sungai Dua lagi.
Menarik dengan awek pulak kan perhhhh.
Kalau nak suruh kerja lebih masa majikan
kena bayar 50 kali ganda gaji overtime, kalau tidak tobat korang taknak
kerja lebih masa betul tak? Lepas tu budak hot Malaysia ni mana mahu
kerja dalam ladang kelapa sawit tu, sebab takut kena gondol dengan babi
hutan.
Kalau nak kerja dalam ladang kelapa sawit
mesti kena bawak Ridsect, sebab nanti nyamuk gigit. Haaa, habis la
merah-merah kulit korang yang putih gebu mulus tu. Ini tambah la kerja
peladang, uihhh kesian tengok binatang kena kurung, kang habis orang
Malaysia trauma lepas tu jadi vegetarian sebab kesian nak makan haiwan.
terlalu hormatkan binatang.
Lagi satu orang Malaysia habit dia kalau nak mula kerja kena bohhhh teh tarik segelas…
Kalau tidak otak tak berfungsi dengan baik katanya. Macam mana nak
bangunkan syarikat kalau tak pekena teh tarik dengan roti canai pepagi,
betul tak?
Sebab-sebab ni la majikan lebih suka ambil
Bangladesh dari orang Malaysia. Orang Bangladesh ni walaupun dorang
jijik dan kotor di mata korang, tapi dorang solat tak pernah tinggal.
Kerja separuh mati tapi bila azan terus hilang pergi solat kat masjid
atau surau.
Kerja rajin, apa sahaja yang disuruh majikan
mesti tiada bantahan. Kalau orang kita depan je manis muka belakang
kutuk berbakul-bakul. Orang Bangladesh dapat gaji RM1500 pun sudah besar
nikmatnya bagi mereka. Siap boleh hantar kampung lagi RM1000.
Bukan macam orang kita gaji pertama dan beli
iPhone, lepas tu merungut kena makan Maggie sampai hujung bulan. Itu la
perangai orang kita, bila hantar duit kat kampung 2 3 ratus bebel
setahun katanya kerajaan kikis duit rakyat. Itupun culas bagi alasan Najib curi duit rakyat sambil main FB.
Jadi macam Bangla, telefon bimbit bukan satu
keutamaan makanan harian pun dorang catu mengikut keperluan bukan
kehendak. Walaupun KFC dok sebelah mata tapi dorang langsung tak
singgah. Pernah ke tengok Bangla makan McDonald??
Kalau geng Bangla nak ubat jantung Metalyse
yang harga RM 5.6K tu, dorang kena bayar full. Rakyat Malaysia pulak,
hanya bayar seringgit je. Lepas sihat sambung maki PM sebab jadi punca
sakit jantung dan obes. Sebab tula Malaysia jadi juara indeks obesity di
Asia! Tahniah rakyat Malaysia.
Jadi kesimpulannya disini ORANG-ORANG
MALAYSIA tak payah nak salahkan warga BANGLADESH bila kalian terpaksa
mengemis di negara sendiri. Sebab orang yang malas memang suka mengemis
dan orang yang rajin je tahu nak korek cari peluang pekerjaan walaupun
kerja yang busuk dan jijik tetapi yang penting halal...
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment