Tuesday, February 16, 2016

Mat Bashah Di Fitnah Pencacai Mukhriz!!

http://assets.bharian.com.my/images/articles/05ahmad.transformed.jpg
Sejak petang kelmarin heboh diperkatakan kononnya Menteri Besar Kedah yang baharu, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah, seperti sengaja mahu mengambil hati rakyat negeri Kedah dengan memberi tiket perlawanan bola sepak antara Kedah dengan Terengganu secara percuma.

Ramai la penyokong bola sepak yang kutuk Mat Bashah ni semalam, tapi tinjauan orang ramai pagi tadi ramai pulak yang berpusu-pusu berebut nak ambil tiket percuma. Ehhh, semalam bukan main kutuk tapi ambil jugak.
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEj4RvUvXVsdHf1wvs03QmB7VEzyIWLrFjHLsVg50-xB8sH8Tm4ZI4z14uBlkaVHbvr1IBEjSUWXG2VAc_nuYX9EFsa5anAszmGbxhlxNq7nYHjnUE2OsNSE2RddC2MJamdsh1VW-qOXcXw/s1600/IMG-20141019-WA0013.jpg
Sebenarnya bukan Mat Bashah yang sponsor tiket percuma tu, yela Mat Bashah kan Presiden KFA yang baru mesti la dia orang ingat dia yang sponsor. Padahal orang dalam KFA yang sponsor tiket untuk seluruh rakyat Kedah, tapi sayangnya Mat Bashah pulak kena taik.

Ingatkan hingga ke malam semalam jela nama Mat Bashah kena lumur taik dengan geng pencacai Mukhriz soal tiket perlawanan bola sepak ni, rupa-rupanya pagi tadi pun namanya sekali lagi dipalit kontroversi.

Kali ni geng pencacai Mukhriz sekali lagi buat onar dengan menggedit gambar tiket dengan meletakkan gambar muka Mat Bashah di keratan tiket Astaka Utama. Gambar yang disunting itu dengan pantasnya berlegar-legar di media sosial.

Ada segelintir rakyat Kedah yang agak dungu percaya dengan penipuan halus yang dibuat oleh pencacai Mukhriz. Hasil pertanyaan serta tinjauan rakan-rakan di perkarangan Stadium Darul Aman siang tadi, jelas menunjukkan bahawa gambar tersebut hanya diedit.

Langsung tiada bukti yang menyatakan memang ada tiket yang disertakan dengan muka Mat Bashah. Eshhhhh, biadap sungguh pencacai Mukhriz ni.. Sengaja mahu memburukkan lagi keadaan. Buat malu orang Kedah jela.

Entah apa lagi yang dia orang tidak berpuas hati dengan Mat Bashah sehingga sanggup adakan dan sebarkan fitnah bodoh sebegitu. Mungkin sudah ketandusan modal atau pencacai Mukhriz memang bodoh dan tidak boleh terima kenyataan sebenar. Hahhahaha....

Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN

No comments:

Post a Comment