Tuesday, February 16, 2016
Tak Payah Simpan Lama Lama Orang Macam Ni.... Tidak Kebal... SUA PAS Kata Parti Boleh Pecat Husam
Semua tanda-tanda yang ada membayangkan bekas Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa akan dipecat daripada PAS tidak lama lagi.
Husam sebelum ini didakwa 'kebal' oleh ramai penganalisis politik kerana
bebas mengkritik PAS tanpa dikenakan tindakan, bekas orang kuat PAS itu
menjadikan pimpinan kerajaan Kelantan sebagai sasaran utama
serangan-serangan beliau.
Menurut Setiausaha Agung PAS, Datuk Takiyuddin Hassan berkata, pemecatan
keahlian merupakan salah satu tindakan yang boleh dipertimbangkan oleh
Jawatankuasa Tatatertib PAS terhadap Husam.
Menurut beliau, tindakan lain yang boleh diambil mengikut Fasal 82
Perlembagaan PAS adalah memberi amaran, melucutkan hak dalam parti dan
menggantung keahlian.
“Walau bagaimanapun, Husam masih mempunyai hak untuk merayu selepas Jawatankuasa Tatatertib PAS memutuskan hukuman terhadapnya.
Takiyuddin Hassan“Beliau boleh mengemukakan rayuan kepada Majlis Syura
Ulama PAS sekiranya tidak berpuas hati dengan hukuman tersebut,” katanya
dipetik Utusan Malaysia.
Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man semalam mengesahkan,
Husam akan dihadapkan ke Jawatankuasa Tatatertib PAS berikutan
tindak-tanduk dan kenyataannya sejak beberapa tahun lalu yang bercanggah
dengan peraturan parti.
Husam yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Salor dilihat sering
mengkritik PAS malah pernah menghadiri dan menyampaikan ucaptama dalam
majlis anjuran PAN.
Takiyuddin menambah, pihaknya telah mengemukakan surat berhubung kes
Husam kepada Jawatankuasa Tatatertib PAS untuk tindakan selanjutnya.
“Kita serahkan kepada Jawatankuasa Tatatertib parti untuk menentukan
bila mereka akan memanggil Husam untuk mendapatkan penjelasan,”
jelasnya.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment