Tuesday, February 16, 2016
Terima Realiti Belia Tidak Minat Bekerja Di Sektor 3D – Khairy
KUALA LUMPUR : Rakyat harus menerima realiti bahawa
masyarakat tempatan, khususnya golongan belia tidak berminat untuk
bekerja dalam sektor 3D iaitu bahaya, kotor dan sukar.
Menteri
Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin berkata ini kerana dalam beberapa
bidang pekerjaan seperti pembinaan, perladangan dan perkilangan, gaji
yang ditawarkan agak rendah dan bebanan kerja yang berat.
“Saya percaya industri sedemikian juga tidak mampu menawarkan gaji
yang tinggi, justeru kita tiada pilihan selain terpaksa mengambil
pekerja asing,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan aplikasi
‘fitness in my pocket’ di sini hari ini.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai kenyataan
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi pada Ahad
lepas yang mencabar belia tempatan mengambil alih tempat pekerja asing
untuk bekerja di sektor 3D.
Khairy berkata kenyataan Ahmad Zahid itu menjelaskan mengenai realiti
mengenai bidang yang tidak diminati rakyat tempatan dan memerlukan
pengambilan pekerja asing untuk bekerja di bidang itu.
Baru-baru ini, kerajaan dilapor merancang untuk membawa masuk 1.5
juta pekerja dari negara Bangladesh yang akan dilaksanakan dalam tempoh
tiga hingga lima tahun.
Sementara itu, mengenai aplikasi baharu yang dilancarkan itu, ia
dibangunkan oleh eSolved MSC Sdn Bhd yang membolehkan pengguna telefon
pintar untuk melatih dan membuat senaman sendiri dengan mudah.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment