Tuesday, February 16, 2016
Mat Sabu Nak Muflis... AJK PAN Salahkan PAS
Lawak minggu ini... Parti Amanah Negara (PAN) menyalahkan PAS kerana
tidak mempedulikan nasib bekas Timbalan Presiden parti itu, Mohamad Sabu
yang sedang berhadapan risiko muflis.
Ahli Jawatankuasa PAN, Aiman Athirah Al Jundi berkata, PAS perlu sedar
bahawa Mat Sabu mungkin muflis akibat saman fitnah yang dihadapinya
ekoran tindakannya semasa memegang jawatan Timbalan Presiden PAS pada
tahun 2013.
“Amat malang seolah-olah langsung tiada pembelaan ke atas orang nombor
dua (PAS) ini sekalipun manifestonya adalah perihal negara berkebajikan.
“Kebajikan pimpinan yang berhempas pulas langsung tidak diumpamakan
sehinggalah kita semua dikejutkan dengan berita kemungkinan muflis ini
sekiranya Mat Sabu gagal membayar RM200,000 tersebut,” katanya dalam
satu kenyataan media.
Mat Sabu yang juga Presiden PAN kini berdepan dengan tuntutan muflis selepas gagal membayar hutang untuk satu kes saman fitnah.
Ia melibatkan tuntutan daripada bekas Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Wan Ahmad Wan Omar.
Peguam Wan Ahmad, Noor Hazira Abu Haiyan dipetik berkata, notis
kebankrapan telah pun disampaikan kepada Mat Sabu pada 3 Febuari lalu,
tetapi pemimpin pembangkang itu tidak mematuhinya.
Mat Sabu kemudian meminta bantuan orang ramai mengumpul dana untuk
beliau membayar saman itu, namun permintaannya dicemuh ramai pihak
termasuk ahli dan penyokong PAS.
Aiman Athirah dalam pada itu mendakwa, orang ramai perlu membantu Mat
Sabu kerana beliau merupakan komander perjuangan rakyat menentang
kerajaan sejak sekian lama.
Dakwanya, saman bekas Timbalan Pengerusi SPR ke atas Mat Sabu bukanlah
suatu yang memalukan ahli PAN kerana rakyat sentiasa bersama Mat Sabu.
“Sebab itu, kita lihat terdapat beberapa kumpulan yang sedang mengambil
tanggungjawab untuk mengumpulkan sejumlah RM200,000 bagi memastikan wira
rakyat ini terlepas daripada hukuman muflis.
“Percayalah rakyat tidak sekali-kali akan membiarkannya keseorangan
menghadapi ujian perjuangan ini. Mat Sabu adalah mewakili rakyat
seluruhnya dan beliau kekal sebagai ikon pejuang anak-anak muda Malaysia
sepanjang zaman,” katanya.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment