Friday, February 12, 2016
NGO Nafi PAS Tidak Dijemput Sertai Himpunan #BebasAnwar
SHAH ALAM : Sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) hari ini menafikan
pihaknya tidak menjemput pemimpin PAS untuk menyertai Himpunan 365
#BebasAnwar #BebasRakyat, seperti yang didakwa parti itu.
Jurucakap Pro98 Reformis Malaysia, Dr. Badrulamin Bahron berkata Ketua
Penerangan PAS Pusat, Nasruddin Hassan dan ADUN Meru, Dr. Rani Osman
dijemput menerusi aplikasi WhatsApp untuk menyertai himpunan itu.
Selasa lalu, Badrulamin memimpin himpunan di hadapan pintu Penjara
Sungai Buloh sempena setahun bekas Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar
Ibrahim dipenjarakan atas tuduhan meliwat.
Ketidakhadiran walau seorang pemimpin PAS itu menibulkan tanda tanya
sejauhmanakah tahap sokongan PAS hari ini terhadap Ketua Umum PKR itu.
"Kita jemput dua orang tokoh PAS, Nasruddin Tantawi (Ketua Penerangan PAS Pusat), Dr. Rani (YB Meru).
"Mereka tidak memberi komen apa-apa, hanya InshaAllah, Nasruddin kata
dia hendak pergi ke luar negara dan kita minta dia namakan wakil PAS
tapi tiada pula respon apa-apa," katanya.
"Dr. Rani pun tidak respon apa-apa, tetapi komunikasi kita sudah sampai
melalui aplikasi whatsapp, sudah sampai, dibaca tetapi tidak ada respon
apa-apa," katanya kepada media ketika dihubungi tadi.
Setiausaha Agung PAS, Datuk Takiyuddin Hassan sebelum ini memberitahu
media, pihaknya tidak menerima sebarang jemputan rasmi bersabit
himpunan itu.
Sebaliknya kata Takiyuddin, parti itu dimaklumkan mengenai himpunan berkenaan pada saat akhir hanya menerusi media sosial.
Alasan Takiyuddin itu bagaimanapun ditolak Badrulamin.
"Kalau tanya saya, ini program, program rakyat, ini matlamatnya adalah
untuk membebaskan Anwar Ibrahim. Anwar Ibrahim adalah ikon perjuangan
rakyat.
"Kalau sayalah, walaupun tidak dijemput, saya akan beri komitmen, saya
terlibat dengan program politik, program parti disebabkan Anwar tetapi
macam mana pun PAS berhak mengatakan dia tidak dijemput ke apa ke, cuma
saya hendak menjawab kita menjemput dua orang iaitu Nasruddin dan Rani,"
soalnya.
Himpunan yang disertai hampir 1000 orang itu turut dihadiri pemimpin PKR
seperti Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, Naib
Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar, Tian Chua (Naib Presiden) dan Shamsul
Iskandar Mat Akin (Ahli Parlimen Bukit Katil).
Turut hadir Presiden Parti Amanah Negara (PAN), Mohamad Sabu dan Timbalan Presidennya, Salahuddin Ayub.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment