Sunday, February 14, 2016
Padan Mukanya.... Mat Sabu Berhadapan Tuntutan Muflis
Presiden PAN, Mohamad Sabu atau Mat Sabu berdepan dengan tuntutan muflis
selepas gagal melunaskan ganti rugi berjumlah RM200,000 kepada Datuk
Wan Ahmad Wan Omar kerana memfitnah bekas Timbalan Pengerusi Suruhanjaya
Pilihan Raya (SPR) berkenaan berhubung isu ‘Projek IC’ di Sabah.
Peguam Wan Ahmad, Noor Hazira Abu Haiyan seperti dilaporkan media
berkata, pihaknya memfailkan petisyen pemiutang terhadap Mat Sabu di
Mahkamah Tinggi di sini semalam, untuk mendapatkan semula ganti rugi itu
beserta faedah.
Menurut beliau, mahkamah kemudiannya menetapkan 11 Ogos ini untuk sebutan kes tersebut.
“Notis kebankrapan telah pun diberikan kepada Mat Sabu pada 3 Februari
lalu, tetapi pemimpin pembangkang itu tidak mematuhinya,” katanya.
Pada 20 Mac 2014, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur memerintahkan Mat Sabu
yang ketika itu merupakan Timbalan Presiden Pas dan Setiausaha Agung
Pas, Datuk Mustafa Ali membayar ganti rugi berjumlah RM200,000 kepada
Wan Ahmad kerana kesalahan memfitnah.
Pesuruhjaya Kehakiman, Lee Heng Cheong ketika membenarkan saman Wan
Ahmad, memutuskan plaintif berjaya membuktikan kesnya terhadap Mat Sabu
dan Mustafa selaku defendan.
Mahkamah juga memerintahkan kedua-dua defendan itu membayar kos berjumlah RM50,000 kepada Wan Ahmad.
Bagaimanapun, mahkamah menolak tuntutan Wan Ahmad terhadap pencetak
akhbar Harakah, Angkatan Edaran Enterprise Sd. Bhd.; Ketua Pengarang
akhbar itu, Ahmad Lutfi Othman dan penulis artikel, Aziz Muda.
Terdahulu pada 5 Mac 2013, Wan Ahmad memfailkan saman dengan mendakwa
Mat Sabu mengeluarkan kata-kata fitnah dalam artikel bertajuk Wan Ahmad
Tidak Boleh Dipercayai dan Ragu Peranan SPR – Wan Ahmad Omar Mesti Letak
Jawatan dalam Harakah edisi Jumaat 1-3 Feb 2013 selepas ditemu ramah
pada 29 Januari 2013.
Dalam penyataan tuntutannya, Wan Ahmad mendakwa defendan mengeluarkan
perkataan fitnah bahawa beliau tidak boleh dipercayai kononnya kerana
terbabit dengan pengeluaran kad pengenalan biru dalam ‘Projek IC’ di
Sabah.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment