Sunday, February 14, 2016
Debat Antara Asri, Zamihan Tak Perlu - Jamil Khir
KUALA LUMPUR : Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir
Baharom berkata, program perdebatan antara Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd
Asri Zainul Abidin dan Presiden Pertubuhan Ahli Sunnah Wal Jamaah
Malaysia (Aswaja), Zamihan Mat Zin Al-Ghari tidak perlu diadakan.
Sebaliknya, beliau meminta diskusi itu diadakan secara tertutup sekiranya wujud keperluan mendesak untuk berbuat demikian.
"Malah, diskusi itu perlu diadakan dengan harmoni, mengambil kira
pandangan-panadangan ulama sunni yang muktabar (terhormat), elakkan
tuduh-menuduh, mengekalkan semangat persaudaraan dalam Islam dan
menyelesaikan pertikaian melalui kerangka ilmu menerusi diskusi tertutup
itu sahaja," katanya dalam kenyataan di sini, Jumaat.
Jamil berkata, Malaysia merupakan sebuah negara Islam yang bergerak
seiring dengan pandangan ulama muktabar di seluruh dunia yang berpegang
teguh kepada aqidah Ahli Sunnah Wal Jamaah.
Prinsip aqidah Ahli Sunnah Wal Jamaah menekankan nilai-nilai
kesederhanaan (wasatiyyah) dan sentiasa berpandangan terbuka terhadap
perkara-perkara furu'iyyah (perbezaan) di dalam Islam serta mengelakkan
permusuhan dan persengketaan sesama Islam, katanya.
Media melaporkan perdebatan itu, yang bertajuk 'Ekstremisme Agama di
Malaysia: Satu Diskusi', akan diadakan pada 9 malam, Rabu ini di Jabatan
Perdana Menteri.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment