Monday, February 15, 2016
Pekerja Asing : Kenapa Tiada Siapa Yang Nak Tanya Majikan?
Pihak yang paling layak bercakap tentang
kemasukan pekerja asing ini sebetulnya ialah mereka yang membawa mereka
masuk – majikanlah tu.
Di Malaysia ini kita ada beberapa
persekutuan majikan, sama ada dia guna terus nama persekutuan majikan
seperti Malaysian Employer Federation (MEF) atau nama seperti Federation
Manufacturer of Malaysia (FMM) – pun sebenarnya sebuah persekutuan
majikan jugaklah sekalipun tidak ada nama majikan padanya.
Wajib cari mereka ini sebab kalau
pekerja asing masuk, ia adalah berdasarkan permintaan dari majikan.
Majikan yang kena pohon, majikan yang kena uruskan dokumentasi,
pemeriksaan kesihatan, temuduga, penginapan, bayar gaji dan sebagainya –
semua majikan.
Tidak pernah berlaku kerajaan
bawa pekerja asing masuk, lepas tu baru cari majikan. Mesti ada majikan
dulu baru dibenarkan pekerja asing ini masuk. Visa masuk (Entry Visa) pun ada nama majikan padanya, maksud, dah ada majikan sebelum masuk.
Maka itulah jadi hairan kenapa dalam isu
kemasukan 1.5 juta pekerja asing Bangladesh nak masuk dalam tempoh 5
tahun ini, tidak ada siapa yang tanya majikan? Tanyalah mereka
(majikan), kenapa bambu kerajaan?
Tapi kenapa tidak ada orang yang tanya?
Setakat hari ini penulis belum pernah ternampak lagi ada suratkhabar,
TV atau sesiapa punlah cari majikan, kenapa? Kenapa terus tuju
kerajaan? Tak tahu? Isu gaji minimum pandai cari majikan, kenapa bab
pekerja asing tidak cari majikan?
Sebabnya penulis nak cakap, kalau
majikan bagi kenyataan, siapa di luar skop itu tak tahu macam mana nak
balas balik. Majikan yang perlu pekerja, majikan yang tanggung susah
kalau pekerja takde, siapa kat media sosial yang tahu masalah yang
terpaksa majikan tanggung pun?
Begitu juga, rakyat tempatan yang kononnya tertutup peluang rezeki kerana jawatan itu telah diisi oleh pekerja asing? Ada ke anak muda yang keluar TV mengadu tak dapat jadi pencuci jamban sebab warga asing dan rembat kerja tu dulu, ada?
Jadi, kalau majikan pun tak tanya,
rakyat tempatan yang kononnya terjejas pun tak jumpa – walhal itulah
‘pemegang saham’ dalam isu ini pun, apa sebenarnya masalah dengan soal
kemasukan pekerja asing ni, cuba cakap sikit?
Disediakan oleh :
Sdr Syamsul Amri Bin Hj Ismail
Ketua Penerangan
Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Seremban
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment