Monday, February 15, 2016

Pekerja Asing: Hanya Majikan Boleh Jawab Keperluannya, Bukan Kerajaan

EDITOR MENULIS...
14 FEBRUARI 2016
KUALA LUMPUR 12 September 2013. Pekerja asing yang telah diperiksa semasa operasi pemeriksaan mengejut pekerja-pekerja asing oleh Penguatkuasaan CIDB di tapak pembinaan Quadro Residences@KLCC Park berhadapan Hotel Traders. NSTP/Salhani Ibrahim
Isu kemasukan pekerja asing ni bukan isu baru, lama dah isu ni. Kalau tak masuk cara halal, masuk cara haram, mana-mana pun pekerja asing jugaklah. Asasnya yang semua orang perlu tahu, baik halal mahupun haram, 99.99% pekerja asing yang masuk ke negara ini adalah digaji oleh pihak swasta.

Tak pernah lagi saya dengar bangla atau nepal dibawa masuk untuk kerja sebagai pegawai tanah dekat pejabat kerajaan, atau jadi pegawai kastam macam di sesetengah negara seperti UAE dan beberapa negara lain. Di negara tertentu, cashier bank pun warga asing, kita masih baik lagi.

Bagaimanapun, saya ada mendengar satu dua warga asing digaji di sektor awam sebagai perunding dalam bidang yang kepakarannya takde disini.  Itu yang reserve 00.01% tu, tak banyaklah maksudnya tu.

Yang penting, majoriti besar (hampir semua) pekerja asing yang dibawa masuk adalah untuk memenuhi keperluan majikan di syarikat swasta.  Peranan kerajaan bagaimanapun memanglah ada sebab ia melibatkan imigresen dan undang-undang lain yang berkaitan tapi fungsi kerajaan lebih kurang macam fasilitator (pemudah cara).  Penerima manfaatnya, masih majikan di sektor swasta.

Lebih 90% pekerja asing juga melakukan kerja-kerja yang tidak dilakukan oleh rakyat Malaysia.  Nak cakap satu-satu payah tapi lebih kurang kerja-kerja yang orang kita “tak mampu buat”. panas, kotor dan low class – realiti ni kita cakap, bukan fantasi.  Sebab itu kalau ke pejabat-pejabat, keraninya, pengurusnya, eksekutifnya, jurutera dan sebagainya masih lagi orang tempatan sebab itulah comfort zone kita pun.

“Tak mampu buat” ni macam sesetengah jawatan penting di syarikat multinasional.  

Syarikat asal Jepun, mimpi hidup balik pun tak jumpa orang tempatan diletak jadi Managing Director sebab selain masalah komunikasi, ada juga isu kenegaraan.  Kalau ada pun, bukan macam MD syarikat lain, ada yang lebih atas dari dia.

Tapi bagi kategori biasa-biasa ni, saya pernah jumpa warga asing jadi cashier, warga asing jadi ‘eksekutif’ kedai lampu (dia sorang buat semua kerja dalam kedai tu). Bawah tempat artikel ini ditulis pun ada bangla yang eksyennya macam dia tu tuan punya kedai – dah kalau pagi sampai petang muka dia saja yang tercongok di situ, nak kata apa lagi.

Itu tujuan bubuh 90% tadi tu. 10% baki ni pada hemat saya, anggaran yang buat kerja sepatutnya untuk warga tempatan, termasuk pegawai dagang (ekspatriat).

Tapi jawatan dan kedudukkan di premis penrniagaan ni kerajaan tak tentukan, yang tentukan majikan, boleh jadi, kalangan kita kita ni jugaklah.  Eh, kalau ada majikan yang anggap orang gajinya (asal Indon) macam saudara sendiri, takkanlah takde pemilik kedai yang pandang pekerja asingnya yang setia, rajin macam Pengurus ke eksekutif?  Syarikat dia kot, lantak dialah nak bagi jawatan apa nama pun.

Kesimpulan untuk isu pekerja asing ni kenapa nak marah kerajaan, kenapa tak marah majikan swasta? Sebab politiklah, sebab apa lagi.

Cakap pasal politik, ada pemimpin pembangkag sendiri pun ambil pengawal peribadi dari kalangan warga asing, pemandu dari kalangan warga asing dan sebagainya.  Tanyalah mereka ni kenapa guna khidmat warga asing?

Apa jawapan mereka, itulah jawapan yang dicari kenapa kerajaan benarkan warga asing masuk bekerja di negara kita. Mudah sangat isu ni...

Fikir-fikirkanlah...

Disediakan oleh :
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgL6gNw-FECpgBNYj5oxUzyMmBEYK_yeKaoZ4-9uM-1VsmA15QBR2_qDYB_fWpmzfrmVEuI41tdrmAlKrMtnrLLyvsnALut2F3R0GQ7jQvVRKwBMFQ8gzROAzgKEhHYMfVsvIn7OFFvUoY/s320/Acoy_Posterize.jpg
Sdr Syamsul Amri bin Hj Ismail
Ketua Penerangan
Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Seremban

No comments:

Post a Comment