
Monday, February 15, 2016
Pemimpin Parti PKR Bodoh Atau Pelupa???

Pengarah Komunikasi KEADILAN Fahmi Fadzil cuba menjadi 'hero' rakyat
mengenai isu pengambilan pekerja Bangladesh, dengan menggesa kerajaan
melaksanakan gaji minimum RM900 bagi semenanjung dan RM800 Sabah/Sarawak
terlebih dahulu.
Kita tidak pasti sama ada Fahmi ini lupa atau bodoh mengenai pelaksanaan
gaji minimum... Untuk pengetahuan Fahmi, pelaksanaan gaji minimum
telahpun dilaksanakan oleh kerajaan pada 2 tahun yang lalu, dan kerajaan
juga telah pun mengambil tindakan terhadap majikan yang masih berdegil.
Selain itu, kita tidak tahu apa yang ingin disampaikan Fahmi apabila
cuba mengaitkan pelaksanaan gaji minimum ini dengan pengambilan pekerja
Bangladesh bagi memenuhi sektor pekerjaan yang 'kotor'
Untuk makluman Fahmi, kerajaan telahpun melaksanakan gaji minimum pada 2
tahun yang lalu bagi membantu mengurangkan kos sara hidup rakyat...
Walaupun pelaksanaan itu telah dikuatkuasakan, ia masih menjadi
pertikaian rakyat kononnya kenaikan gaji minimum itu tidak langsung
membantu mengurangkan beban mereka.
Bagi mengurangkan lagi beban rakyat yang kononnya semakin tersempit,
kerajaan sekali lagi prihatin dengan menaikkan kadar minimum gaji RM900
kepada RM1000 bagi semenanjung dan RM800 kepada RM920 bagi Sabah/Sarawak
yang dijadual dikuatkuasakan pada pertengahan tahun ini.
Dengan ini, jelas menunjukkan Fahmi, yang merupakan pemimpin PKR 'bodoh'
mengenai pelaksanaan kadar gaji minimum, apabila cuba mengaitkan isu
pengambilan pekerja Bangladesh.
Inilah padahnya kerana asyik sibuk berjuang untuk membebaskan kaki liwat
stor kunyit sehingga menjadi bodoh mengenai pelaksanaan gaji minimum
yang telah dilaksanakan, malah akan dilaksanakan sekali lagi pada tahun
ini.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment