
Monday, February 15, 2016
Beranikah Anak Muda Sahut Cabaran Zahid Hamidi??

Kecoh golongan anak muda di negara ini, apabila kerajaan meluluskan
untuk memasukkan pekerja asing dari Bangladesh bagi memenuhi sektor
pekerjaan yang tidak diceburi anak muda kini seperti bekerja di ladang,
di kawasan tengah panas dan kerja-kerja berat.
Dengan tindakan kerajaan mengambil pekerja asing ini, anak muda mula
menuduh kerajaan telah menindas generasi mereka dengan menutup periuk
nasi golongan anak muda.
Selain itu, golongan anak muda turut menuduh kerajaan mengambil pekerja
asing kerana mempunyai keuntungan disebabkan majikan terpaksa membayar
levi yang dikenakan... Oleh demikian, golongan anak muda menuntut dan
menggesa supaya kerajaan menghantar pulang pekerja asing ke negara asal
mereka.
Tidak menjadi masalah kepada kerajaan untuk menghantar balik pekerja
asing ke negara asal mereka... Namun, apa yang menjadi masalahnya adakah
dengan menghantar balik pekerja asing ini, golongan anak muda akan
mengisi kekosongan pekerjaan kotor, berat dan panas ini??
Bagi mendapatkan jawapan dari soalan tersebut, Menteri Dalam Negeri
Datuk Seri Zahid Hamidi telah menyoal kepada golongan muda dalam satu
majlis bersama anak muda di Selangor bagi mendapatkan jawapan.
"Adakah anak muda sanggup bekerja membina bangunan ditengah-tengah panas
terik?? Sanggupkah anak muda bekerja lebih masa?? Sanggupkah anak muda
bekerja di hari cuti umum?" Soal Timbalan Perdana Menteri itu.
Dengan cabaran yang dilontarkan Zahid, sanggupkah golongan anak muda
yang banyak 'cekadak' menyahut cabaran ini?? Jangan hanya tahu
melenting, tetapi tidak berani untuk menyahut cabaran bekerja dalam
sektor kotor, berat dan panas ini.
Lagipun, daripada anak muda menyalahkan kerajaan kerana mengambil
pekerja asing, apa kata anak muda ini menyalahkan majikan di negara ini
kerana kemasukan pekerja asing ini adalah diatas permintaan mereka...
Lebih 'afdal' lagi jika golongan anak muda ini menyalahkan diri sendiri
kerana bersikap 'demand' dalam pemilihan kerja!!!
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment