Monday, February 15, 2016
Kayuhan Bebas Anwar Di Pulau Pinang Tidak Mendapat Sambutan
PKR Pulau Pinang pada pagi tadi telah mengadakan satu majlis 'Kayuhan
Kebebasan', sebagai tanda sokongan mereka untuk menuntut Datuk Seri
Anwar Ibrahim dibebaskan daripada menjalani hukuman penjara di Penjara
Sungai Buloh.
Menurut PKR Pulau Pinang, dengan mengadakan majlis seperti ini, rakyat
di negeri itu akan memperingati perjuangan Anwar yang sedang sengsara di
dalam sana.
Majlis yang diadakan seawal jam 7 pagi itu dikhabarkan akan dihadiri
seramai 800 orang, namun jumlah itu amat mengecewakan apabila jumlah
yang hadir tidak melebih 100 orang.
Selain itu, ada juga yang berasa marah dengan pihak pengurusan majlis
yang merupakan penyokong PKR, kerana aturcara kayuhan yang dijadualkan
bermula jam 7.30 pagi terpaksa ditunda ke jam 8.30 pagi ekoran masalah
teknikal.
Yang seterusnya, majlis kayuhan yang berunsur politik ini juga dihadiri
atau disertai oleh kanak-kanak yang berada dibawah umur... Perkara ini
amat mengecewakan kerana golongan ini telah diajar untuk berpolitik
walaupun masih dibangku sekolah!!!
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment