Wednesday, February 17, 2016
Pengedar Dadah Disebat Hingga Berdarah
DONESTSK OBLAST, UKRAINE : Rakaman seorang lelaki yang didakwa pengedar
dadah dan disebat sehingga berdarah viral di laman sosial, hari ini. Menurut laporan Dailymail, kejadian tersebut berlaku di bandar Communar yang didiami oleh pemberontak pro-Rusia.
Dalam video tersebut, lelaki berkenaan dilihat merayu supaya dilepaskan
namun seorang lelaki lain yang memakai pakaian askar menyebat beliau
menggunakan wayar elektrik. Rakaman jelas menunjukkan bahagian belakang lelaki tersebut yang berdarah.
"Ini adalah hukuman kepada pengedar dadah," kata satu suara di dalam rakaman tersebut. Mangsa dirakam merayu supaya dilepaskan dan berjanji memberikan maklumat pengedar dadah yang lain.
"Tolong berhenti! Saya akan beritahu semua yang anda mahu tahu. Saya
akan panggil penagih dadah lain!" kata mangsa tapi tidak diendahkan. "Kita tidak perlukan mahkamah atau undang-undang. Inilah yang kita
perlukan," kata lelaki berpakaian askar yang dikenal pasti bernama
Olkhon.
Olkhon juga memberitahu bahawa mangsa akan 'disembelih seperti anjing'. Mangsa kini dipercayai sudah meninggal dunia.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment