Wednesday, February 17, 2016
Rakyat Sarawak Tahu Siapa Tolong Siapa.... Pengundi Sarawak Lebih Pilih Parti Daripada Pilih Calon
SHAH ALAM : Penganalisis politik melihat rakyat Sarawak cenderung
memilih parti yang sedia kuat di sana iaitu BN berbanding calon yang
akan bertanding dalam pilihan raya di negeri itu.
Pensyarah Fakulti Sains Sosial dari Universiti Malaysia Sarawak
(UNIMAS), Prof Madya Dr Jeniri Amir berkata, meskipun tidak dapat
dinafikan ada lagi janji PRU13 yang masih belum ditunaikan sehingga hari
ini, namun, rakyat Sarawak masih ‘memandang’ BN.
“Berdasarkan kajian 60 peratus daripada pengundi itu melihat lebih
kepada parti walaupun hakikatnya calon juga penting. Setelah sekian lama
kita bercakap tentang betapa mereka (BN) nak selesaikan masalah asas
seperti jalan raya berturap, bekalan elektrik dan air bersih.
“Tetapi (masalah) itu masih membelenggu rakyat khususnya di kawasan luar
bandar dan pedalaman Sarawak. Jadi, janji ini akan menghantui mereka
dalam pilihan raya akan datang.
“Bagi pengundi luar bandar ini, hanya BN yang dapat membela nasib dan
masa depan mereka walaupun BN tidak mengotakan janji, pengundi masih
berdiri teguh di belakang mereka,” katanya kepada Sinar Online.
Turut senada dengannya, Pensyarah Pusat Pengajian Antarabangsa Kolej
Undang-undang, Kerajaan dan Pengajian Antarabangsa, Universiti Utara
Malaysia (UUM), Prof Madya Dr Mohd Azizuddin Mohd Sani.
Namun katanya, kemungkinan untuk calon dipilih berbanding parti itu juga
ada sekiranya calon itu disenangi dan dikenali dalam kalangan penduduk
tempatan.
Azizuddin turut mengakui sukar untuk pembangkang melakukan angin
perubahan di Bumi Kenyalang itu sekiranya rakyat Sarawak memilih parti
yang sedia kuat.
“BN pun ada masalah juga sedikit tapi kalau ada berlaku sabotaj, masalah
juga buat BN. Tapi memandangkan dalam keadaan sekarang pembangkang pun
tidak kuat di Sarawak dan isu yang dimainkan pun lebih kepada isu
tempatan berbanding isu nasional.
“Jadi, saya nampak kecenderungan untuk BN menang besar itu, ada,” katanya.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment