Sunday, February 14, 2016
Premis Makanan Kelirukan Umat Islam Letak Tanda Tiada Babi Perlu Tindakan
KUALA LUMPUR : Tindakan perlu diambil terhadap premis makanan yang
mengelirukan umat Islam dengan mempamerkan tanda "tiada babi"
seolah-olah makanan yang disediakan di premis tersebut berstatus halal.
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Asyraf Wajdi
Dusuki berkata hanya premis makanan yang mempamer sijil halal yang
dikeluarkan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) boleh
dikunjungim oleh pengguna beragama Islam.
"Pengusaha makanan yang meletakkan tanda tiada babi di premis mereka
tidak mencerminkan apa yang dimaksudkan dengan halal," katanya kepada
pemberita selepas merasmikan seminar budaya dan sambutan Tahun Baharu
Cina untuk mualaf di Kepong, di sini pada Ahad.
Beliau berkata Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan
Kepenggunaan serta kerajaan negeri mempunyai kuasa untuk mengambil
tindakan ke atas pengusaha premis makanan yang mengelirukan masyarakat
Islam dengan meletakkan tanda "tiada babi."
Justeru, adalah perlu untuk mendidik masyarakat terutama pengguna
beragama Islam, untuk membezakan antara logo halal yang sah dan tanda
"tiada babi", kata beliau.
"Umat Islam harus sentiasa peka kepada kehendak Undang-undang syariah
apabila membabitkan soal makanan. Meletakkan tanda tiada babi tidak
bermakna ia adalah halal," katanya.
Semalam, media melaporkan bahawa Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP)
melarang premis-premis makanan di negeri itu daripada meletakkan tanda
"tiada babi" di premis mereka untuk mengelakkan kekeliruan di kalangan
masyarakat Islam.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment