Sunday, February 14, 2016
Isu 1.5 Juta Pekerja Bangladesh… Jangan Salahkan Saya, Kata TPM Zahid
Melihat kepada berjuta jumlah pekerja asing yang ada permit dan tanpa
izin yang sudah ada di negara ini memang ada pihak yang kecut perut
mengenangkan keputusan kerajaan nak benarkan bawa masuk 1.5 juta dari
Bangladesh. Ada yang kata boleh ‘ banjir’ Malaysia dibuatnya.
Tidak kurang yang desak kerajaan timbang semula keputusan itu. Soalnya apakah kerajaan pakai hentam main semberono nak luluskan kemasukan pekerja asing serentak seramai itu?
Lojik akal kata tak mungkin kerajaan tidak fikir masak-masak hal itu. Ini disahkan melalui penjelasan Timbalan Perdana Menteri yang juga
Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Zahid Hamidi sebagai mengulas isu
berkenaan Sabtu.
Kerajaan memutuskan benar bawa masuk 1.5 juta pekerja Bangladesh secara berperingkat selama tiga tahun. Bercakap kepada wartawan selepas satu majlis di Shah Alam,beliau meminta
rakyat tidak salahkan kerajaan sebaliknya memahami isu sebenar
disebalik keputusan berkenaan.
Kata Zahid soal kemasukan 1.5 juta pekerja Bangladesh itu diluluskan
atas permintaan para majikan sendiri yang mungkin gulong tikar kerana
tiada tenaga kerja…dan bukan atas kehendak kerajaan atau kerana nak
kutip levi.
Majikan-majikan kata syarikat mereka tidak boleh berfungsi tanpa tenaga kerja yang mencukupi. Katanya kerajaan mendengar permintaan para majikan dan hendak memenuhi keperluan mereka saja.
“Jangan salahkan saya,jangan salahkan kerajaan,jangan salahkan
Kementerian Dalam Negeri,jangan salahkan Kementerian Sumber
Manusia,” katanya.
Timbalan Perdana Menteri kata ini kerana rakyat Malaysia tidak mahu berkerja dalam sektor dimana pekerja Bangladesh kerja. Beliau bertanya ,“Berapa ramai yang mahu kerja dalam sektor
perladangan. Berapa ramai yang nak kerja dibawah panas dan hujan dalam
sektor pembinaan.Berapa ramai nak kerja dalam keadaan kotir,bahaya dan
sulit ..tak ada.”
Zahid juga nafi kerajaan hendak hadkan peluang kerja kepada rakyat negara ini menerusi keputusan ambil pelkerja Bangladesh itu.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment