Wednesday, February 10, 2016
Puteri Mahu Perjuangan UMNO Selama 70 Tahun Dikongsi Bersama Golongan Muda
KUALA LUMPUR : Ketua Pergerakan Puteri UMNO Malaysia, Datuk
Mas Ermieyati Samsudin berkata pergerakan tersebut akan merangka program
yang melibatkan pemimpin-pemimpin terdahulu agar segala pengalaman
dapat dikongsi bersama orang muda.
Ujarnya, bersempena Hari Ulang Tahun UMNO yang ke-70 pada 11 Mei ini
maka beliau mahu mengimbas kembali bagaimana perjuangan
pemimpin-pemimpin terdahulu demi memastikan UMNO itu terus utuh.
“Tanpa sejarah dikongsi dengan orang muda, mustahil golongan muda dapat merasai keperitan dan faham apa itu perjuangan.
“Maka
Ulang tahun UMNO yang ke 70, saya minta semua exco Puteri agar adakan
program yang melibatkan pemimpin lama bagi membolehkan kita khususnya
golongan muda dapat berkongsi sejarah perjuangan UMNO terutama dari
sudut sumbangan UMNO yang telah membawa kejayaan demi kejayaan untuk
agama, bangsa dan tanahair ini.
“Golongan muda perlu tahu betapa perit jerih yang ditempuh pemimpin
terdahulu untuk membangun negara. Ini semua boleh djadikan pengajaran
dan pedoman buat pemimpin dan bakal pemimpin Puteri,” katanya kepada
media selepas mempengerusikan Mesyuarat Exco pergerakan itu buat
pertama kalinya bagi tahun 2016.
Dalam mesyuarat tersebut juga turut membincangkan perancangan dan
strategi yang akan dilaksanakan terutama dalam gerak kerja untuk
berhadapan dengan Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14.
Tambah Mas Ermieyati, beliau mahu tahun 2016 ini peranan Puteri terus
dimantapkan di peringkat akar umbi terutama di dalam membantu parti
mendekati anak muda.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment