Sunday, February 14, 2016
‘Saya Rela UMNO Tadbir Pulau Pinang Dari DAP’ Kata Bekas Pemimpin PKR
Janji palsu yang dilemparkan kepada rakyat di Pulau Pinang cukup
menggambarkan wajah sebenar pemimpin pembangkang iaitu Datuk Seri Anwar
Ibrahim dan Lim Guan Eng.
Menurut Bekas Ketua Pembangkang Wanita Pulau Pinang, Aminah Abdullah ini
kerana apa yang terjadi kini di negeri tersebut tidak langsung
bertepatan dengan apa yang dijanjikan dahulu kepada orang Melayu.
Katanya, sebab itu juga beliau sering mengingatkan supaya semua pihak
khususnya golongan muda tidak terlalu terpengaruh dengan janji manis
pembangkang.
AMINAH UMNO PENANG NEW“Saya mengikut Anwar dari tahun 1997 sehingga 2007
dan saya masih ingat lagi janji palsu Anwar, apa yang dia kata? mereka
nak elokkan pembangunan, nak kekalkan penempatan untuk orang Melayu,
akan perelok rumah melayu tapi bila dapat dekat tangan DAP, apa orang
melayu dapat? ‘mai’ dekat Kulim pula ramai-ramai.
“Janji bohong mereka langsung tak boleh pakai, saya lebih kenal mereka,
sebab itu Wan Azizah sendiri tak boleh marah, Anwar sendiri tak boleh
nak kata apa semasa saya berhasrat untuk keluar daripada PKR,” katanya
ketika dihubungi BNBBC.my.
Tambah beliau, pengalamannya selama beberapa tahun menjadi orang kuat
pemimpin itu cukup membuatkan Aminag sangat faham dengan strategi
politik yang digunakan oleh DAP sebagai pentadbir di Pulau Pinang.
“Saya masih ingat, Anwar dulu selalu kata, ‘touching’ tu penting,
‘touching’ tu penting, itu yang digunakan oleh Guan Eng sekarang, dia
bagi duit RM100 dekat orang-orang kedai kopi baru ni pun semua ingat,
yang JKM bagi seorang RM350 langsung mereka tak ingat. Kenapa?
“Sebab Guan Eng sendiri turun ke bawah, jumpa orang-orang Melayu kita
ni, sebab pada kita yang pemimpin pembangkang ni, kita kena fikir duit
tak ada tak apa, yang penting, turun jumpa mereka, tepuk bahu, urut
belakang mereka, tanya khabar, itu yang penting dan itu pun yang mereka
buat sekarang dekat orang-orang kita.
“Itu semua dah nak dekat pilihanraya mereka buat, tapi kalau tengok
pembangunan, semua RM800 ribu keatas, semua untuk pengundi-pengundi
mereka, pembangunan yang mereka buat ini bukan untuk kos rendah dan
sederhana, DAP buat tanah tu cantik-cantik, tapi orang Melayu tak boleh
beli, cuma kalau orang luar Malaysia duduk situ memang mereka suka.
“Bab tu mereka ada fikir orang kita kah?” soalnya.
Mengakui apa yang berlaku di Pulau Pinang, Aminah menyatakan yang beliau
turut bersimpati dengan bangsa sendiri yang kini semakin ditindas oleh
kerajaan negeri.
Namun, dalam masa yang sama beliau sering mengingatkan bahawa bangsa
Melayu perlu terus bersatu jika ingin menumbangkan DAP sebagai pentadbir
di negeri itu.
“Orang Melayu di Pulau Pinang ni habis dah hanyut, tunggu kena halau
sahaja, DAP buat lah macam manapun tapi hati orang Melayu ni lembut,
Guan Eng datang buat itu ini, nanti dia juga datang konon untuk bantu
orang Melayu, sepatutnya kita boleh ‘tibai’ dia cukup-cukup, maki apa
yang dia dah buat pada bangsa kita, tapi kita buat bodoh, buat tak tahu.
“Agaknya bila kita nak sedar? nanti bila JKM dah dipegang oleh orang
Cina, kita datang mereka, mereka ludah muka anak cucu kita, mereka pijak
bangsa kita, waktu tu baru kita nak bersatu dan baru nak sedarkah? saya
selalu pesan dengan bangsa kita di sana.
“Sebab itu saya kata jika nak bandingkan dengan DAP, lebih baik saya
rela biar UMNO yang jaga Penang ni, walaupun saya bukan duduk dalam
UMNO, tapi saya sendiri bekerja untuk orang UMNO,” tambahnya.
Dalam masa yang sama, Aminah turut mendedahkan yang dirinya juga pernah cuba dibeli dengan Guan Eng, namun usaha itu gagal.
“Orang dia pernah datang jumpa saya, cuba untuk beli saya, tapi saya tak
nak, orang dia balik cakap, ‘haiya ini perempuan banyak susah’, sebab
saya fikir yang penting adalah maruah, bangsa kita tak boleh dijual
beli.
“Bayangkan, banyak NGO di sini yang telah dibeli dengan harga RM1 juta
dengan syarat semua mesti sokong roket, bayangkan berapa yang dia mampu
tawarkan pada saya,” ujarnya lagi.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment