Sunday, February 14, 2016

Selepas Gagal Dengan Tabung Haji, Rafizi Ramli Serang MARA Pula

Tak habis-habis Rafizi ni menyerang entiti Melayu. Mengalahkan DAP! Inilah barua DAPig yang kita perlu sedar dan jauhi. Tapi apakan daya, hanya dengan sedikit fakta yang diputarbelit, rakyat Malaysia terus menerima tanpa syak wasangka.

Perlu diingat setiap institusi atau agensi kerajaan ada pihak yang memantau dan memeriksanya. Lebih-lebih lagi perkara yang melibatkan kewangan. Kita ada Jabatan Audit, SPRM, EPU dan Unit integriti. Sekiranya tidak betul atau menyalahi peraturan, jabatan-jabatan inilah yang terlebih dahulu akan dapat mengesan dan memberi teguran.

Kenyataan yang dibuat pembangkang hari ini seolah-olah jabatan-jabatan di atas tidak melaksanakan tugas dengan betul dan amanah? Lebih-lebih lagi si Rafizi ni. Kerjanya hanya menyerang entiti Melayu yang menjadi tunjang pembangunan dan bantuan kepada bangsa.

Mengapa tidak diserang dan digeledah entiti-entiti bukan bumiputera? Adakah entiti-entiti tersebut "bersih' sebersih-bersihnya?

Sebabnya mudah. Melayu merupakan teras kepada "kekuasaan" politik di Malaysia. Hakikat yang perlu diakui semua. Apabila teras ini goyang atau rebah, pada masa inilah anasir-anasir luar mudah untuk mengambil "kekuasaan" tersebut.

Nampak tak? Apabila MARA diasak begini, segala "keistimewaan" anak-anak Melayu akan dilondehkan. Dan pada masa ini akan bangkitlah "pejuang-pejuang" kesamarataan menuntut peluang dan hak sepertimana yang berlaku ke atas biasiswa JPA.

Rasanya kalau tabung biasiswa MARA selepas ini terpaksa ditutup, agak-agaknya tabung apa lagi yang para pelajar pelajar dan mahasiswa Melayu boleh pohon?

Jadi, kalau bukan kita Melayu yang mempertahankan Melayu, siapa lagi? Nak ikut Rafizi juga? Terpulanglah.... 

Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN

No comments:

Post a Comment