Friday, February 12, 2016

Akta OSA Wajar Digubal Semula Mengikut Peredaran Zaman – Rahman Redza

KUALA LUMPUR : Seorang Pengamal Undang-Undang, Rahman Redza berkata cadangan kerajaan untuk mengkaji semula akta OSA adalah amat wajar memandangkan teknologi komunikasi yang sudah berubah dengan wujudnya kecanggihan paltfom penyampaian maklumat seperti media sosial yang menjadi medium utama kebocoran maklumat kerajaan dan negara.

Menurut beliau, kali terakhir akta OSA digubal ialah pada tahun 1972 dan sudah semestinya ia wajar digubal semula memandangkan akta ini sudah 44 tahun tidak digubal mengikut peredaran zaman.

“Pandangan saya ianya memang wajar akta OSA dikaji semula kerana jika tidak maka akta ini akan menjadi akta yang ketinggalan zaman. Ini memandangkan hari ini peluang atau ruang untuk membocorkan maklumat sulit kerajaan ini sangat mudah dengan kecanggihan teknologi komunikasi yang ada pada hari ini.
http://www.tv14.my/wp-content/uploads/2015/09/buku-akta-rahsia-rasmi-300x300.jpg
“Disebabkan faktor itu, selain daripada akta OSA,  saya juga berpandangan bahawa undang undang lain juga perlu dikaji semula agar ianya dapat digubal bersesuaian dengan keadaan semasa hari ini.

“Jadi berbalik dalam isu penggubalan akta OSA ini, ia amat wajar dikaji semula kerana faktor perubahan zaman dan kewujudan medium komunikasi yang canggih khususnya di media massa di mana kita begitu mudah untuk menyebarkan sebarang maklumat kepada umum,” jelas kepada sidang media di sini hari ini.

Tambah beliau lagi yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Linggi, perbuatan membocorkan maklumat kerajaan dan negara ini boleh dipanjangkan untuk disabitkan dengan kesalahan jenayah perbuatan menderhaka kepada negara, maka ianya amat sesuai sekiranya akta OSA ini diperluaskan merangkumi kesalahan tersebut.

“Perbuatan menderhaka kepada negara adalah satu kesalahan yang diterima oleh masyarakat antarabangsa. Bukan di Malaysia saja ada peruntukan undang-undang dalam perbuatan jenayah menderhaka kepada negara, tetapi di setiap buah negara juga memang ada peruntukan bagi kesalahan jenayah menderhaka. Jelas peruntukan undang-undang perbuatan menderhaka ini masih lagi relevan.

“Dalam hal ini, perbuatan menderhaka itu sebenarnya berganting kepada apa maklumat yang dibocorkan. Jika maklumat yang dibocor dan disebarkan itu boleh mendatangkan mudarat yang besar kepada negara maka itulah perbuatan menderhaka kepada negara,”tegasnya.

Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN

No comments:

Post a Comment