Tuesday, February 16, 2016

Semoga Anak-Anak Tun Tergerak Hati Mereka Untuk Menyelamatkan Ayahanda Mereka

http://www.freemalaysiatoday.com/wp-content/uploads/2015/07/mahathir_h.day_6001.jpg
Tun Mahathir Mohamad menegaskan beliau tidak akan berhenti menyerang kepimpinan Perdana Menteri Mohd Najib Tun Razak sehingga berubah kepimpinan negara. 

“Saya berpegang apabila kita jatuh, kita perlu bangun semula dan cuba lagi dan lagi. Ia sama ada apa yang kita lakukan itu berbaloi atau tidak,” kata perdana menteri paling lama berkhidmat di negara ini selama 22 tahun itu seperti yang dipetik oleh Malaysiakini.com.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melancarkan inisiatif ‘My New Proton’ di Shah Alam hari ini.

Eloklah Mahathir usah berhenti berjuang kerana setiap kali beliau membuka mulut akan kian jelas beliau semakin hilang pertimbangan dan rasional.

Jika semalam beliau mencabar Peguam Negara bersumpah, hari ini beliau menyatakan Akta Keselamatan Negara (ISA) hanya digunakan untuk mereka melakukan sesuatu kepada negara.

“Jika kita kritik kerajaan sekarang, kita akan ditahan, disoal dan dibicarakan. Jika tidak boleh kritik, maka di manakah demokrasi? Undang-undang yang digunakan berbeza bergantung kepada siapa diri anda. Jadi seseorang mesti mengatakan sesuatu. Saya katakan kerana saya mahu negara ini yang mempunyai reputasi yang baik.”

Mungkin Mahathir perlu menjelaskan mengapa beliau dan anaknya, sebahagian pemimpin pembangkang tidak pun ditangkap dan disoal siasat serta dibicarakan walaupun sekian banyak polisi kerajaan dikritik oleh mereka.

Mahathir mungkin tidak dimaklumkan bahawa “ayam jaguh” beliau, Khairuddin dan Matthias Chang Wen Chieh didakwa cuba melakukan sabotaj terhadap perkhidmatan perbankan dan kewangan negara.

Mereka didakwa melakukan kesalahan itu di lima lokasi iaitu pejabat Ketua Bahagian Jenayah Ekonomi dan Kewangan Perancis di Paris, Balai Polis Charing Cross London, United Kingdom, pejabat Peguam Negara Switzerland di Bern, Balai Polis Wai Chan, Hong Kong, dan ibu pejabat polis Cantoment, Singapura, antara 28 Jun hingga 26 Ogos tahun ini.

Pada zaman Mahathir jika ada orang membuat kerja seperti Khairuddin dan Mathias, mereka bukan sahaja akan ditangkap di bawah ISA tetapi juga akan dilabel sebagai pengkhianat negara dan agen negara asing. Mereka tidak akan mendapat apa-apa perbicaraan dan peluang bercakap selama dua tahun.

Sebaliknya di bawah Najib Razak, mereka bukan sahaja tidak ditahan tanpa bicara dalam ISA, malah dibebaskan oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur dari tuduhan di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA).

Mahathir harus dipuji membawa pelbagai kemajuan dan pembangunan kepada negara walaupun kosnya ditanggung sekarang.

Namun kebebasan kehakiman dan bersuara bukanlah sesuatu yang boleh Mahathir banggakan. Beliau boleh berkata apa sahaja untuk menghalalkaan tindakan beliau. Namun menyatakan pengkritik zaman Najib Razak lebih terikat dan terancam berbanding zaman beliau adalah sangat melucukan.

Anak-anak Mahathir pujuklah ayahanda anda. Janganlah malukan diri di khalayak awam lagi. Biarlah beliau pergi sebagai seorang legenda negara bukannya menjadi seperti King George III. Walau sehebat mana beliau ketika menjadi Perdana Menteri, akan tiba akal dimamah usia.

Apakah Mahathir di akhir usianya terperangkap dalam sindrom “mad leader disease”?

Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN

No comments:

Post a Comment